Sebaik sahaja diumumkan struktur kepimpinan Pakatan Harapan, maka ianya terus diserang oleh media UMNO/BN. Kenyataan bahawa wujudnya jawatan Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden ingin dijadikan polemik dengan ditanya, “siapa sebenarnya ketua Pakatan Harapan?”. Ada juga yang memberi teguran, “sebuah kapal yang mempunyai tiga nakhoda pasti akan karam!”. Komen dan teguran yang sebegini sebenarnya hanya mendedahkan betapa mereka terlalu biasa dengan budaya politik ‘dengar dan patuh’ di mana hala-tuju dan dasar ditentukan oleh hanya seorang.
KETUA PAKATAN HARAPAN
Badan tertinggi dalam Pakatan Harapan adalah Majlis Presidennya. Segala dasar dan keputusan yang dibuat adalah diputuskan di sini. Ianya terdiri daripada pimpinan tertinggi setiap parti anggota. Mereka mewakili parti masing-masing. Mesyuarat Majlis Presiden adalah medan perbahasan dan penghujahan demi menentukan setiap keputusan yang dibuat adalah yang terbaik yang mungkin. Keputusan terbaik adalah hasil perbahasan yang mendalam dan terperinci, bukan kepatuhan yang membabi buta atas sebab taasub atau takut kepada kemurkaan pemimpin!
Memang benar adanya Ketua umum dan adanya Pengerusi. Begitu juga adanya Pengerusi dan adanya juga Presiden. Jawatan-jawatan bukan menandakan kecelaruan dalam kepimpinan tetapi sebaliknya menzahirkan kejelasan matlamat dalam menentukan struktur organisasi PH. Jawatan ini bertujuan untuk menonjolkan peribadi penting yang memainkan peranan utama mengemudikan perjuangan PH. Dengan ditonjolkan mereka ini sebagai yang berkedudukan utama dalam kepimpinan PH maka diharap sebahagian besar masyarakat akan bersama PH. Ini adalah kerana mereka mempunyai daya penarik yang tertentu, yang mampu melonjakkan sokongan terhadap PH ke tahap yang menjaminkan kemenangan. Namun demikian, walaupun kemampuan mereka itu diakui dan dihargai, bukan mereka sahaja yang menentukan arah tuju dan dasar-dasar PH.
Ini adalah oleh kerana budaya politik PH selama ini adalah bersifat syura dan persetujuan bersama, ataupun ‘konsensus’, maka jawatan-jawatan tersebut, walaupun sangat penting, tidak dimandatkan untuk menentukan sesuatu secara bersendirian. Budaya politik autokratik dan teokratik bukan budaya politik yang ingin disuburkan PH. Itu kita serahkan pada pihak yang lain.
Itulah sebabnya persoalan struktur dan logo PH tidak ditentukan semudah itu. Sebaliknya terpaksa dibahas dan dihujahkan selama 4 jam pada Khamis malam Jumaat 13 Julai yang lepas. Dari jam 8.30 sehingga 12.30 mlm ianya dibahas sehingga akhirnya kata sepakat tercapai. Sedangkan sekiranya semua ditetapkan oleh Ketua Umum, atau Pengerusi atau Presiden, sudah pasti ianya selesai jauh lebih awal!
Maka jawapan tepat kepada soalan, “siapa ketua PH?” maka jawapannya adalah Majlis Presidennya! Adalah diharap semua, termasuk dari kalangan pimpinan PH akan memberikan jawapan ini sekiranya ditanya soalan yang sama. Setiap kali dan pada bila saja masanya mereka ditanya.
KAPAL DENGAN TIGA NAKHODA
Ada juga yang timbulkan persoalan tiga Nakhoda. Hakikatnya, ianya bukan semestinya satu masalah. Kalau mereka boleh berkerjasama dan sering berbincang, pengalaman dan pegetahuan tiga Nakhoda pasti lebih luas dan mendalam berbanding dengan satu. Diandaikan kononnya seorang akan ingin ke kanan dan seorang lagi ke kiri, maka akhirnya kapal tersebut karam. Namun, bagaimana pula sekiranya semua bersetuju ke kanan, atau ke kiri? Tidakkah dalam keadaan itu mereka mampu saling membantu untuk menentukan kapal tersebut tidak karam mahupun terdampar di perairan yang cetek.
Ianya sesuatu yang jelas bahawa dalam kes PH, tiga Nakhoda ini ingin ke arah yang sama. Iaitu ke Putrajaya dengan dijatuhkan UMNO/BN.
Sambil itu, kapal dengan seorang Nakhoda pula tidak dijamin semestinya selamat. Lebih-lebih lagi apabila Nakhodanya mabuk kuasa dan ingin merompak dan mencuri harta sehingga membawa kapal memasuki kawasan larangan yang merbahaya. Dengan itu maka kapal itu akan karam atau terdampar di kawasan air yang cetek atas sebab kemabukan si Nakhoda, walaupun dipandu oleh dirinya seorang.
Ya, kita faham, ianya jauh lebih senang untuk keputusan dibuat oleh hanya seorang. Tetapi adakah keputusan seorang itu yang terbaik? Keadaan ekonomi dan politik negara dewasa ini jelas membuktikan bahawa keputusan oleh hanya seorang membawa negara ke arah kehancuran. Lebih-lebih lagi sekiranya seorang itu dikuasai pula isterinya dan isteri itu pula ‘bernafsu besar’ terhadap kekayaan dan kemewahan. Habis harta negara akan dirompaknya dan diserahkan kepada isterinya sebagai hadiah. Kononya hadiah darinya tetapi pada hakikatnya dari perit jerih rakyat yang terpaksa menanggung cukai tambahan kerananya.
Atas sebab itulah PH tidak dikuasai seorang. Malahan tidak juga oleh tiga Nakhoda. PH dikuasai majlis Presidennya yang bertindak mengawal dan menguasai serta membantu tiga Nakhoda tersebut supaya terus fokus terhadap usaha memenangi PRU ke 14. Dengan itu segala kebijaksanaan dan pengalaman ketiga-tiga Nakhoda tersebut dimanfaatkan oleh Majlis Presiden ke arah menempah kemenangan.
KESIMPULAN
Sememangnya ada yang gentar dengan pencapaian PH minggu lepas dan memang sepatutnya mereka gentar. Struktur kepimpinan PH telah selesai diputuskan sepertimana juga logonya dan program 100 harinya. PH yang mengadunkan kekuatan 4 parti ini apabila dapat disatukan dengan berkesan akan pasti menyebabkan UMNO/BN kecundang dalam PRU ke 14 insyaAllah. Maka diusahakan supaya akan timbul berbagai persepsi. Namun gagal atas sebab hujah yang teramat lemah dan agak dangkal.
Langkah PH seterusnya akan mampu memusnahkan secara berkesan dan total, sokongan terhadap UMNO/BN. Potensi kemenangan untuk PH jelas kelihatan. Malahan boleh dikatakan “kemenangan sudah dalam tangan”. Yang perlu adalah untuk menentukan tangan menggenggamnya dengan kuat dan kemenangan tersebut tidak terlepas dari celah-celah jari. Hasil perbalahan atau tersilap kata-kata atau langkah.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts
Tuesday, 25 July 2017
Friday, 19 May 2017
AHLI AKADEMIK BERSENTIMEN KEPARTIAN
Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
BismillahirRahmanirRahim
1. Pada hemat saya, tindakan seorang ahli akademik (sebab dia ada PhD) membangkitkan utk tatapan umum kandungan buku tulisan Hannah Yeoh (saya tak baca pun) yg dikatakan mengajak pembaca Islam utk terpengaruh dgn agama Kristian, bermotif politik. Ini boleh dihidu drpd beberapa pengamatan berikut:
i. Jika bangkitan itu bermotif ilmu, ia diwacanakan dlm kalangan ilmuwan dgn membawa sekali penulisnya utk merespon satu persatu perkara yg dibangkitkan. Tentu universiti tempat pensyarah itu mengajar bersedia menjadi penganjurnya. Penulisnya boleh dikritik secara berdepan, secara ilmiah dan diselesaikan dimeja para ilmuan.
ii. Jika bangkitan itu bermotif keselamatan atau agama, ia boleh diselesaikan dgn serahan tindakan lanjut kpd KDN dan Jakim. Buku itu boleh diharamkan dan boleh ditarik balik drpd pasaran serta-merta. Sudah ratusan judul buku yg diharamkan oleh pihak berkuasa tanpa perlu dipolemikkan kandungannya di FB seperti yg ahli akademik itu lakukan.
2. Bahkan saya katakan, ahli akademik itu secara sengaja mempolemikkan isi kandungan buku itu dan mempolitikkannya kerana penulisnya pemimpin DAP. Tujuannya ialah, memberi gambaran buruk tentang DAP kpd pengundi Melayu Islam. Soalan saya, jika Hannah Yeoh bukan orang DAP;
i. Adakah mana-mana pensyarah universiti akan rasa tergugat iman dgn buku yg ditulis olehnya?
ii. Adakah dia dianggap mengembangkan agama bukan Islam kpd orang Islam melalui bukunya itu?
iii. Adakah dia akan direpot polis telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengembangan Agama Bukan Islam Kpd Orang Islam? (Di Perlis saya terlibat membahaskan enakmen ini pada tahun 2002).
iv. Adakah bukunya akan dibaca utk dicari bahan yg boleh ditimbulkan sebagai polemik dalam masyarakat umum?
v. Adakah seorang ahli akademik Melayu Islam sanggup bersusah-payah berbuat sesuatu yg boleh menimbulkan keresahan dlm masyarakat umum dlm keadaan itu boleh dielak?
3. Ketika kita sedang berusaha utk membentuk iklim hubungan antara agama yg sihat dlm negara ini, kemunculan ahli akademik yg cuba memanipulasi ketajaman sentimen keagamaan yg sedia wujud boleh dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab. Sepatutnya ahli akademik mengelak diri drpd menampilkan untuk tatapan umum polemik yg tidak sihat sebegitu.
4. Oh, bela Hannah Yeoh? Ini bukan isunya. Isunya ialah cara perkara ini ditangani oleh ahli akademik berkenaan. Dari satu sudut, ia sengaja dibuat utk memberi gambaran kpd umum bahawa DAP musuh Islam. Label itu memang sengaja dipromosikan dan selari dgn kemahuan politik Umno. Dlm keadaan hal ini boleh dielak oleh seorang ahli akademik, mengapa ia dilakukan? Sangkaan saya, ya, ahli akademik itu memang mesra Umno.
5. Dia nak mesra Umno, itu haknya. Cuma, dia perlu bertanggungjawab utk tidak membangkitkan isu-isu sensitif ini dlm kalangan khalayak kerana ia boleh diselesaikan melalui pendekatan yg saya sebutkan tadi, debat intelek dan serahkan kpd pihak berkuasa.
6. Saya fikir, ahli akademik perlu jujur dgn ilmu. Jiwa ahli akademik mesti halus dan luhur. Tugas ahli akademik ialah menebarkan ketenangan. Ahli akademik wajib mempromosikan toleransi peringkat tertinggi khususnya dlm konteks hubungan antara pelbagai agama. Jangan lacurkan kemurnian status sebagai ahli akademik dgn sentimen politik kepartian sehingga merosakkan keharmonian hidup antara warga.
Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Arau, Perlis
18052017
Arau, Perlis
18052017
Saturday, 6 May 2017
Sentimen anti-DAP jejas teruk sokongan kepada Pas – Pensyarah
Isu kaum dan agama akan kekal relevan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas terutama dalam meraih sokongan pengundi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, menjangkakan dalam dua isu itu, Pas akan menghadapi masalah untuk menarik pengundi Melayu kerana parti itu akan bersaing dengan Umno jika berlaku pertandingan tiga penjuru (BN,PAS,PH) kelak.
“Jika berlaku pertandingan tiga penjuru sudah pasti Pas adalah parti yang tercorot dari segi perolehan kerusi yang dimenangi di seluruh negara.
“Ini kerana pertamanya, sentimen anti DAP yang dimainkan akan menjejaskan undi bukan Melayu kepada Umno-BN termasuk Pas.
“Keduanya, jika Pas mahu meraih undi Melayu kerana percaya bahawa isu 1MDB yang dikaitkan dengan pemimpin utama Umno, ia agak sukar kerana sebahagian besar dari orang Melayu masih lagi menyokong Umno.
“Jika adapun pengundi Melayu yang protes terhadap Umno mereka boleh beralih menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dr Mazlan berkata, strategi anti DAP yang dimainkan oleh Umno bertujuan untuk menarik pengundi Melayu di luar bandar manakala di bandar dan semi bandar, tugas mendapatkan sokongan bukan Melayu diserahkan kepada parti komponen BN.
“Bagi Umno, 80 peratus pengundi Melayu luar bandar menjadi sasaran mereka untuk mengekalkan atau menambahkan jumlah kerusi yang dimenangi.
“Bagaimanapun majoriti pengundi bukan Melayu di kawasan bandar dan semi bandar dijangka akan menyokong Pakatan Harapan. Ini kerana 90 peratus orang Cina tinggal di kawasan bandar dan semi bandar berbanding di kawasan kampung-kampung dan kawasan Felda,” ujarnya.
Menurut Dr Mazlan lagi, sejak beberapa tahun lalu Pas sudah beralih arah dengan menunjukkan semangat nasionalismanya yang hampir menyaingi Umno, sebuah parti bertunjangkan bangsa Melayu.
“Pada PRU12 dan PRU13 Pas pernah menolak sentimen agama dan kaum ketika bersama dalam Pakatan Rakyat dan ini menjadi punca beralihnya sokongan orang bukan Melayu kepada Pas dalam PRU13 melalui Pakatan Rakyat.
“Tetapi kali ini Pas tiada pilihan setelah tidak mahu jalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan mereka terpaksa memainkan isu agama dan kaum dengan menfokuskan penentangan terhadap DAP, suatu strategi yang sama seperti Umno-BN,” ujarnya.
Ditanya sejauh mana Umno-Pas akan menjalinkan kerjasama politik dalam menghadapi pilihan raya akan datang, Dr Mazlan berpandangan, ia agak rumit untuk berlaku.
“Dalam PRU12 lalu BN yang kehilangan 2/3 majoriti dan 5 negeri pada masa itu telah membuat rundingan dengan Pas di Perak dan Selangor untuk mewujudkan kerajaan campuran dan sebahagian kepimpinan Pas seakan-akan berminat dengan rancangan kerajaan campuran itu.
“Bagaimanapun, rundingan ini gagal disebabkan Mursyidul Am Pas waktu itu, Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menolak sebarang rancangan kerjasama dengan Umno.
“Hari ini pula Umno juga berpecah dan dengan wujudnya penentangan Tun Mahathir justeru Umno melihat gabungan Tun Mahathir dengan parti-parti pembangkang yang lain memberi ancaman besar kepada Umno.”
“Dengan menjarakkan Pas dengan parti-parti pembangkang lain, peluang Umno adalah lebih baik disebabkan wujudnya pertandingan tiga penjuru.
“Umno sedar kerjasama politik secara rasmi dengan Pas agak rumit disebabkan formula pembahagian kerusi yang sedia ada sukar untuk dilaksanakan. Ia mungkin boleh mencetuskan bantahan pemimpin pertengahan dan bahagian dalam isu formula pembahagian kerusi.
“Bagi Umno, pertandingan tiga penjuru itu sudah dikira bagus dan efektif kerana ia boleh memecahkan undi parti-parti pembangkang. Tambahan pula di pihak Pas, kerjasama politik rasmi dengan Umno juga bukan suatu yang mudah,” ujarnya.
Beliau menegaskan jika sekiranya kerjasama politik antara Umno-Pas berlaku, ujarnya lagi, sudah pasti Pas akan berpecah sekali lag.
“Ini kerana separuh daripada ahli Pas anti Umno terutama di negeri pantai barat dan di selatan Semenanjung berbanding ramai ahli Pas yang menyokong kerjasama dengan Umno di negeri pantai timur,” ujarnya.
Justeru Dr Mazlan berkata, cara terbaik bagi Umno tidak perlu mengadakan kerjasama politik dengan Pas sebaliknya cukup sekadar untuk memastikan tiga penjuru berlaku.
“Inilah stategi politik Umno yang paling berkesan dalam sistem demokrasi berpolitik,” ujarnya lagi.
Mengulas sekiranya Pas bersendirian dan tidak menyertai Pakatan Harapan adakah ia akan membantu Pas meraih sokongan pengundi dalam PRU14 akan datang dengan memainkan sentimen agama dan kaum semata-mata?
“Pas akan kekalkan keabsahan untuk menubuhkan negara Islam. Pas tidak akan sesekali berkompromi soal pelaksanaan hudud dan menambah baik Akta 355 melalui RUU 355.
“DAP tidak dianggap berminat untuk menerima sebuah negara Islam dan RUU355 yang diperdebatkan, malah Amanah pula dianggap sebagai parti pengkhianat kepad Pas.
“Pilihan terbaik bagi Pas berada dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) sebagaimana kenyataan pimpinan Pas sebelum ini untuk mewujudkan blok ketiga yang dijangkakan akan dapat mengekalkan prestasi Pas atau lebih baik daripada pencapaian dalam PRU13 lalu,” ujarnya.
Bagaimanapun Dr Mazlan kurang berkeyakinan kejayaan blok ketiga ciptaan Pas ini bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Berjasa dan dijangka beberapa NGO lain yang menyokong blok ketiga ini.
Ini jelas dalam muktamar Pas di Alor Setar baru-baru ini hanya PKR, Perkasa antara parti dan NGO yang dijemput ke muktamar parti itu.
“Ikatan setahu saya parti yang tiada penyokong dan kemampuannya lebih kepada gerakan NGO bukan parti politik. Ia tidak berupaya menunjukkan perkembangan sebagaimana struktur Amanah dan Bersatu.
“Saya tidak nampak apa tujuan Ikatan dan hanya menumpang Pas dan Perkasa pula hampir 90 peratus keahliannya adalah ahli kepada Umno – tidak semestinya ahli Perkasa akan menyokong Pas dalam blok ketiga itu.
“Saya melihat hari ini dalam PRU-14 ke arah pertandingan tiga penjuru sesuatu yang pasti.
“Cuma peranan Bersatu yang mungkin boleh membantu Pakatan Harapan sekiranya dapat menarik 9%-13% pengundi Melayu.
“Ia sebagai tambahan kepada beberapa negeri seperti Kedah dan Terengganu kemungkinan prestasi Pakatan Harapan lebih baik daripada prestasi Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Undi bukan Melayu akan pergi kepada DAP, PKR dan Amanah.
“Sekiranya Amanah bertanding di kawasan bandar undi orang Cina adalah fixed deposit untuk Amanah.
“Bersatu mungkin tidak dapat undi Cina tetapi dengan bergabung dalam Pakatan Harapan, Bersatu akan dapat undi Cina tetapi yang tidak dapat undi Cina adalah Pas sebagaimana yang pernah berlaku dalam salah satu peti undi ketika di PRK Sungai Besar dulu.
“Kedudukan Pas hari ini ibarat ‘besi panas’ orang Cina tidak lagi mempercayai Pas,” ujarnya. – MD
Sumber: Suara Pakatan Daily/May 04, 2017.
Thursday, 4 May 2017
RM43 JUTA DANA SRC DIKELUARKAN SECARA TUNAI, SIAPA DAPAT WANG INI?
Oleh Rafizi Ramli
Pada 21 Julai 2015, SPRM menahan seorang lelaki bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid (No KP: 870627-14-5019) dalam siri tangkapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. Berita itu dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara, seperti mana laporan dari Straits Times yang boleh dicapai di http://www.straitstimes.com/asia/fourth-man-arrested-in-task-forces-probe
Pada 21 Julai 2015, SPRM menahan seorang lelaki bernama Ariffin Ismail Shahul Hamid (No KP: 870627-14-5019) dalam siri tangkapan beberapa orang saksi untuk membantu siasatan ke atas 1MDB. Berita itu dilaporkan secara meluas di dalam dan luar negara, seperti mana laporan dari Straits Times yang boleh dicapai di http://www.straitstimes.com/asia/fourth-man-arrested-in-task-forces-probe
Beliau adalah salah seorang dari 5 orang yang ditahan oleh SPRM sepanjang siasatan ke atas 1MDB sebelum siasatan itu ditamatkan serta merta apabila Peguam Negara ditukar, kepimpinan siasatan ditukar dan akhirnya badan siasatan bersama 4 agensi (Peguam Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara dibubarkan.
Saya telah menyemak seberapa banyak sumber dan rujukan awam. Setakat ini tidak ada satu laporan pun yang memberi gambaran peranan Ariffin Ismail Shahul Hamid dan kenapa beliau ditahan di dalam siasatan tersebut.
Dengan bocornya dokumen yang dimuatnaik oleh SPRM Insider yang saya mula dedahkan sejak semalam, peranan dan penglibatan Ariffin Ismail Shahul Hamid menjadi begitu jelas dan mengesahkan kenapa beliau antara orang yang paling awal ditahan oleh SPRM dua tahun lalu.
Saya rujuk kepada Diagram 4 dan Diagram 5 dari dokumen tersebut (yang dipaparkan di skrin) seperti berikut:

Diagram 4 menunjukkan aliran dana dari akaun SRC International Sdn Bhd (“SRC”) di antara 9 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015 seperti berikut:
Pada 9 Januari 2015, sebanyak RM39.7 juta dipindahkan dari akaun SRC ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd
Pada hari yang sama (9 Januari 2015), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd mengeluarkan 7 cek kepada sebuah perniagaan persendirian bernama Mail Global Resources, setiap satu cek bernilai RM5 juta menjadikan jumlah cek kepada Mail Global Resources bernilai RM35 juta pada hari itu
Di antara 15 Januari 2015 hingga 20 Januari 2015, pemilik Mail Global Resources yang bernama Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM35 juta dengan menunaikan cek tunai kepada diri beliau sendiri; iaitu 69 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu, 1 keping cek tunai bernilai RM400,000 dan 1 keping cek tunai bernilai RM100,000

Diagram 5 menunjukkan aliran dana dari akaun SRC International Sdn Bhd (“SRC”) di antara 24 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 seperti berikut:
Pada 24 Disember 2014, SRC memindahkan RM40 juta ke akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd
Pada hari yang sama (24 Disember 2014), Gandingan Mentari Sdn Bhd memindahkan RM40 juta ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 29 Disember 2014, sejumlah RM8 juta dipindahkan ke akaun berlainan di dalam Ihsan Perdana Sdn Bhd
Pada 30 Disember 2014, RM8 juta yang dipindahkan ke akaun berlainan telah dipindahkan pula dari Ihsan Perdana Sdn Bhd kepada Mail Global Resources
Pada 13 Januari 2015, Ihsan Perdana Sdn Bhd telah mengeluarkan 7 keping cek bernilai RM7 juta setiap satu kepada Mail Global Resources, menjadikan jumlah pindahan kepada Mail Global Resources sebanyak RM35 juta
Pada 31 Disember 2014, pemilik Mail Global Resources iaitu Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM8 juta dengan menunaikan 16 keping cek tunai bernilai RM500,000 setiap satu
Kedua-dua diagram diagram 4 dan 5 seperti yang diterangkan di atas menunjukkan bahawa dalam tempoh 3 minggu di antara 31 Disember 2014 hingga 20 Januari 2015, Ariffin Ismail Shahul Hameed telah mengeluarkan secara tunai sejumlah RM43 juta yang berasal dari SRC.
Saya telah menyemak dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dapat mengesahkan bahawa Mail Global Resources didaftarkan di SSM dan dimiliki oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed, seperti dokumen SSM di bawah:


Tanda tanya yang paling besar ialah sumber sebenar dana SRC yang telah disalurkan kepada Ariffin Ismail Shahul Hameed dan kemudian dikeluarkan secara tunai oleh beliau.
Pendedahan dan laporan-laporan lain setakat ini mengesahkan bahawa sejumlah RM140 juta telah dikembalikan kepada SRC dalam bulan Disember 2014 oleh Putra Perdana Development Sdn Bhd sebagai bayaran kepada dana yang dipindahkan oleh SRC kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd beberapa bulan sebelum itu.
Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di
Penyelesaian IPIC-1MDB tambah kerugian negara
Pemuda Amanah Nasional yang diketuai Faiz Fadzil menyerahkan memorandum ke pejabat perdana menteri berhubung penyelesaian IPIC-1MDB yang merugikan negara.
Pemuda Amanah Nasional hari ini mengemukakan memorandum kepada perdana menteri bagi menuntut penjelasan berhubung skandal penyelesaian tuntutan arbitrasi IPIC-1MDB yang disifatkan sebagai merugikan negara.
Malah sikap berdiam diri Datuk Seri Najib Razak dalam menjawab isu dan persoalan berkaitan skandal 1MDB tidak mencerminkan sikap akauntabiliti beliau sebagai Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Memorandum itu diserahkan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil di pejabat perdana menteri di Putrajaya dan diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri, Nik Mohd Husin.
IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment PJS (Aabar) telah membuat tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) pada 14 Jun 2016.
Memorandum Pemuda Amanah diterima setiausaha sulit kanan perdana menteri Nik Mohd Husin.Dalam permohonannya, IPIC menuntut sejumlah USD6.5 bilion (RM26.5 billion) di atas kegagalan 1MDB dan Kementerian Kewangan menunaikan obligasi kontrak.
Bagaimanapun pada 24 April 2017, IPIC melalui kenyataan kepada Bursa Saham London mengesahkan satu persetujuan telah dicapai antara IPIC dan 1MDB dengan 1MDB dan MOF Inc akan membayar sejumlah USD1.2 bilion (RM5.3 bilion) sebagai penyelesaian awal kepada IPIC dan bertanggungjawab terhadap dua bon berjumlah USD3.5 billion (RM15.5 bilion) yang dikeluarkan 1MDB Energy Limited.
Dalam memorandum tersebut, Pemuda Amanah melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penyelesaian tuntutan arbitrasi yang secara langsung menunjukkan jumlah USD3.5 bilion telah dibayar secara curang (fraud) kepada Aabar BVI yang disahkan bukan anak syarikat IPIC.
Tambah Faiz, jika Aabar BVI didakwa sebagai syarikat yang sahih, mengapa 1MDB dan Kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan tuntutan IPIC.
Pemuda Amanah turut mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam tuntutan arbitrasi tersebut sedangkan beliau bertanggungjawab menyelia pelan rasionalisasi 1MDB.
Malah penyelesaian tuntutan arbitrasi itu dibuat Pejabat Perdana Menteri bagi pihak 1MDB dan Kerajaan Malaysia sedangkan perdana menteri didakwa menerima USD30 juta daripada transaksi licik Aabar BVI di saat beliau ialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Pemuda Amanah juga mempertikaikan mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu iaitu Jho Low dan Riza Aziz yang didakwa menyeleweng wang 1MDB yang dibayar kepada Aabar BVI.
Sikap Kerajaan Malaysia yang tidak mencelah prosiding 'civil forfeiture' oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terhadap Jho Low dan Riza Aziz juga menghairankan kerana aset-aset yang bakal dirampas daripada dua individu terbabit tidak dituntut oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia.
Pemuda Amanah juga ingin tahu sumber kewangan bagi membayar jumlah penyelesaian tuntutan arbitrasi dengan IPIC dan mahukan penjelasan sama ada terma-terma penyelesaian itu dibuat atas arahan, sokongan, dorongan atau persetujuan perdana menteri.
"Jika benar jumlah penyelesaian tuntutan arbitrasi dibuat melalui penjualan unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd, siapakah pembeli, tarikh jual-beli dan lain-lain butiran terma jual-beli unit tersebut?
"Adakah wang rakyat selaku pembayar cukai akan digunakan bagi membayar kedua-dua bon yang akan matang pada tahun 2022 memandangkan nilai unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd adalah tidak mencukupi?" memorandum itu dipetik.
Pemuda Amanah juga inginkan penjelasan tentang insitusi dana awam yang akan digunakan bagi membayar jumlah penyelesaian tuntutan arbitrasi itu yang dianggarkan berjumlah RM26.5 billion.
Malah apa yang lebih penting, Pemuda Amanah mahukan kepastian tindakan undang-undang yang akan diambil kerajaan bagi mendapatkan kembali jumlah USD3.5 bilion yang dibayar secara curang dan salah oleh 1MDB.
Pemuda Amanah juga menuntut penjelasan diberikan perdana menteri dalam tempoh terdekat apatah lagi, penyelesaian tuntutan arbitrasi ini melibatkan kehilangan wang negara untuk kali kedua dengan jumlah yang besar.
"Kami sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah dan menyanjung tinggi kedaulatan negara berhak mengetahui wang yang dibelanjakan oleh pihak pentadbiran negara," memorandum itu dipetik.
Sumber: Malaysia Dateline/Mei 04, 2017.
Sumber: Malaysia Dateline/Mei 04, 2017.
Usul memutus hubungan dengan DAP & PKR, mana lagi tinggi kuasa antara MSU & MUKTAMAR?
Oleh: ZULHAZMI SHARIFF / Jun 08, 2015.
USUL MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP, ADAKAH MUKTAMAD ATAU SEBALIKNYA?
Pada Rabu bertarikh 03/06/2015 Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) telah meluluskan suatu usul tergempar memutuskan hubungan PAS dengan rakan tahaluf DAP. Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat yang bermula pada 04/06/2015 sehingga 06/06/2015.
Pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Pusat, telah diumumkan bahawa usul daripada DUPP tersebut telah diterima tanpa bahas. Ekoran penerimaan usul tersebut tanpa bahas, Tuan Haji Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengumumkan di dalam Muktamar bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan semua jawatan yang dipegangnya di dalam GLC di Pulau Pinang. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Hj Mustafa Ali bagaimana pun menjelaskan bahawa walau pun usul tersebut telah diterima tanpa bahas, ianya masih belum muktamad kerana perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak yang mempunyai kuasa pemutus dalam hal berkaitan hukum. Kata Dato’ Hj Mustafa Ali, “kita masuk dengan hukum maka kita keluar juga dengan hukum”. Keadaan tersebut telah menyebabkan kekeliruan di kalangan para pemimpin PAS dan juga ahli-ahli PAS di seluruh Malaysia.
Sebelum ini saya telah menulis berkaitan kekuasaan tertinggi di dalam PAS. Hari ini saya ingin mengulas khusus berkaitan usul DUPP yang telah diterima tanpa bahas tersebut dari sudut Perlembagaan PAS. Ia juga akan melibatkan kedudukan kekuasaan tertinggi di dalam PAS.
Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dengan jelas terang lagi nyata memperuntukkan bahawa kekuasaan tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS. Fasal 7 (1) menyatakan seperti berikut :-
Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan
(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.
Jangan ada pihak yang keliru antara hukum tertinggi dengan kekuasaan tertinggi. Hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias. Keempat-empat sumber ini adalah rujukan hukum tertinggi di dalam PAS. Walau bagaimana pun kekuasaan tertinggi ialah Muktamar Tahunan PAS. Apa saja keputusan yang diputuskan di dalam Muktamar Tahunan PAS adalah keputusan tertinggi yang mana ianya mengikat seluruh badan-badan di dalam PAS dan seluruh ahli PAS.
Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS pula menyatakan bahawa dengan tertakluk kepada hukum tertinggi PAS iaitu Al-Quran, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak dan Qias, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.
Fasal 7 (2) Perlembagaan PAS memperuntukkan seperti berikut :-
(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.
Fasal 7 Perlembagaan PAS ini jelas bahawa kekuasaan tertinggi PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan tidak ada kuasa lain yang lebih tinggi daripada Muktamar. Justeru apabila Muktamar memutuskan bahawa usul DUPP diterima tanpa bahas, maka usul tersebut adalah muktamad. Badan-badan di dalam PAS samada ianya Majlis Syura Ulamak (MSU), Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP), Dewan-Dewan dan seluruh ahli tertakluk kepada keputusan tersebut. Badan-badan di dalam PAS hanya boleh berbincang dan memutuskan bagaimana usul tersebut hendak dilaksanakan bukannya menangguhkan atau membatalkan usul. Usul tersebut menyatakan bahawa hubungan PAS dengan DAP diputuskan maka hubungan PAS dengan DAP secara keseluruhannya terputus. Tidak ada istilah putus di sana tetapi di sini tidak. Itu jelas di dalam usul iaitu putus hubungan dengan DAP.
Kenyataan atau penerangan Setiausaha Agung PAS bahawa usul tersebut belum muktamad kerana masih tidak mendapat persetujuan atau masih belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) adalah suatu kenyataan yang khilaf dan bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan PAS.
Perlu diambil perhatian bahawa kewujudan MSU juga adalah atas keputusan Muktamar Tahunan, malah kewujudan PAS juga adalah di atas keputusan Muktamar Tahunan. Tiada mana-mana pihak yang besar dan lebih berkuasa daripada Muktamar Tahunan. Ini jelas diperuntukkan lagi di Fasal 87 Perlembagaan PAS.
Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS
PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut
Fasal 87 menyatakan bahawa Muktamar boleh memansuhkan atau membubarkan PAS. Ini jelas bermaksud bahawa bukan sahaja MSU berada di bawah kekuasaan Muktamar, malah PAS itu sendiri adalah di bawah kekuasaan Muktamar Tahunan kerana dengan Muktamar PAS boleh dimansuhkan dan dibubarkan. Jika PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan oleh Muktamar, maka begitu juga Muktamar boleh memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS.
Kenapakah Muktamar Tahunan PAS merupakan kekuasaan tertinggi selain daripada peruntukkan Perlembagaan yang jelas di atas?
Jawapannya kerana Muktamar Tahunan PAS itu diwakili oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS bermula daripada perwakilan Kawasan-Kawasan, Perwakilan Negeri-Negeri, perwakilan Dewan-Dewan, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja dan MSU. Semua pihak di dalam PAS terlibat di dalam Muktamar Tahunan PAS. Ini dengan jelas diperuntukkan di dalam Fasal 18 (2) Perlembagaan PAS.
Fasal 18 (2)
(2) Muktamar Tahunan dan/atau Khas PAS itu adalah mengandungi ahli-ahli yang berikut:
1. Pengerusi Tetap dan Timbalannya.
2. Ahli-ahli Majlis Syura „Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
3. Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
4. Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu.
5. Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).
6. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
7. Dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan
8. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.
2. Ahli-ahli Majlis Syura „Ulamak dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
3. Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.
4. Yang Dipertua-Yang Dipertua PAS Kawasan, dan jika sekiranya dia tidak dapat hadir sendiri maka hendaklah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kawasan itu diwakili dengan bersurat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu.
5. Tidak kurang dari empat orang dan tidak lebih dari sepuluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Mesyuarat Agung Tahunan tiap-tiap Kawasan yang telah menunaikan yuran tahunannya bagi tahun itu ke Pejabat Agung dengan tertakluk kepada Fasal 19(5).
6. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.
7. Dua puluh orang wakil daripada diangkat oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat, dan
8. Dua puluh orang wakil daripada dan diangkat oleh Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.
Jelas bahawa Muktamar Tahunan PAS disertai oleh semua pihak yang berkepentingan di dalam PAS. Justeru apabila usul diterima tanpa bahas, ini bermakna seluruh anggota Muktamar Tahunan telah bersetuju dengan usul tersebut dan usul tersebut adalah muktamad. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengubah usul tersebut melainkan dilakukan melalui Muktamar juga.
Adakah usul yang telah diterima tanpa bahas tersebut perlu dirujuk kepada MSU untuk pengendorsan atau kelulusan?
Jawapannya jelas tidak perlu kerana semasa usul diterima tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU juga terlibat berada di dalam Muktamar. Seluruh ahli MSU berada di atas pentas bersama-sama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap boleh ditarik balik tetapi terlajak meluluskan usul di Muktamar, hanya Muktamar yang boleh menarikbalik.
Sepatutnya apabila usul diluluskan oleh DUPP pada 03/06/2015, usul tersebut dibawa atau dirujuk kepada MSU terlebih dahulu. Apabila MSU berbincang, berbahas dan meneliti baik buruk serta hukum hakamnya barulah diangkat kepada Muktamar Tahunan untuk diputuskan.
Perlu diambil perhatian bahawa usul tersebut diusulkan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan seluruh ulamak hebat di dalam PAS. Apabila DUPP yang dianggotai oleh seluruh ulamak sudah bersetuju meluluskan usul tersebut, adakah munasabah MSU yang hanya dianggotai oleh seramai 17 orang ahli boleh menafikan kelulusan DUPP? Apabila usul tersebut diluluskan oleh DUPP yang mana di dalamnya ada Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ketua DUPP serta beberapa ahli MSU yang lain, adakah munasabah mereka yang meluluskan di DUPP akan mengubah tindakan mereka apabila mereka bertindak sebagai ahli MSU? Di sana mereka luluskan, tiba-tiba di sini mereka hendak batalkan atau tangguhkan?
Sebenarnya tindakan menerima usul DUPP tanpa dibahaskan oleh Muktamar Tahunan adalah suatu tindakan paling bodoh yang pernah dilakukan. Sekarang masing-masing menjadi seperti gila talak. Lafaz cerai telah dikeluarkan tetapi masih ingin tinggal serumah.
Sewajarnya usul tersebut dibahaskan di dalam Muktamar di mana perwakilan kawasan, perwakilan negeri, perwakilan dewan-dewan sehingga perwakilan MSU diberikan laluan untuk berbahas dan seterusnya mengundi untuk dibuat keputusan. Muktamar Tahunan adalah SYURA terbesar di dalam PAS. Sepatutnya syura terbesar ini dijadikan medan menentukan hala tuju parti bukannya sekumpulan manusia yang berasa cerdik tapi tidak cerdik yang mencorak perjalan parti. Siapa yang membuat keputusan meluluskan usul tanpa bahas? Bukan Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar tetapi atas arahan seseorang. Pengerusi Jawatankuasa Usul seperti yang dimaklumkan oleh beliau di dalam Muktamar, bahawa beliau hanya menjalankan tugas tetapi ada orang lain yang mengarahkannya.
Ya betul, Pengerusi Jawatankuasa Usul juga bersalah kerana mengikut arahan buta tuli tapi orang yang mengarahkan itu lebih utama dipersalahkan. Siapa? Mereka lebih mengetahui.
Sekarang hubungan PAS dengan DAP telah muktamad diputuskan. Tidak ada putus di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor, tidak di negeri-negeri lain. PUTUS. Tindakan Tuan Haji Mohamad Sabu dan Dato’ Dr Mujahid Yusuf adalah bertepatan dengan usul. Sekarang kita menunggu tindakan para pimpinan PAS di Pulau Pinang yang lain meletakkan jawatan. Begitu juga di Selangor.
Perlembagaan PAS Fasal 16 (3)(b) menyatakan bahawa ahli-ahli PAS hendaklah melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. Keputusan Muktamar Tahunan adalah yang tertinggi parti, justeru seluruh ahli wajib patuh keputusan tersebut.
Wednesday, 3 May 2017
DAP
oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.
2. Yang anehnya parti MCA yang 100 perastus Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu.
3. Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu.
4. Sebenarnya Parti DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh.
5. DAP banyak mengguna bahasa kebangsaan dalam mesyuaratnya. Lagu partinya juga dinyanyi dalam bahasa kebangsaan.
6. Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia.
7. DAP bersama Pakatan Harapan, dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf:
1) Institusi Raja-Raja Melayu
2) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
3) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
4) Agama rasmi Malaysia ialah Islam
2) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
3) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
4) Agama rasmi Malaysia ialah Islam
8. Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendiri Kerajaan diperingkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi.
9. Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.
10. Mungkin juga parti berbilang kaum Melayu memberi beberapa kerusi kepada calon bukan Melayu. Tetapi majoriti dari tiga buah parti kepimpinan Melayu akan meletak calon Melayu dan PPBM sebagai parti Melayu tidak mungkin mencalon dan menyokong bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Gabungan parti-parti pembangkang tidak mungkin didominasi oleh DAP selain di Pulau Pinang.
11. Kenyataan Najib bahawa jika UMNO kalah maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali. Sebaliknya Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China. Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.
12. Sebenarnya yang patut ditakuti oleh UMNO dan orang Melayu ialah Najib sebagai Perdana Menteri, bukan Kit Siang. Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat.
Sumbet: chedet.cc/Mei 03, 2017.
Sunday, 30 April 2017
AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam politik negara..?
Pencerahan dari AMANAH.
1. Perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah bukan hak milik ekslusif mana-mana organisasi atau parti politik. Jadi, soalan samada Amanah mampu atau tidak adalah soalan yang subjektif. Semua pihak berupaya menyumbang ke arah perjuangan Islam, tetapi tidak ada satu pihak yang boleh mendabik dada bahawa perjuangan ini eksklusif milik mereka. Maka itu, kewujudan parti Amanah adalah untuk menyumbang ke arah penghayatan Islam di dalam aspek siyasah dan kenegaraan.
2. Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam. Tetapi, ianya bukan satu-satunya syariat Islam. Syariat Islam meliputi banyak perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Setiap satunya mempunyai keutamaan yang berbeza dan setiap satunya mempunyai perbahasan feqah yang luas dan bersifat multidimensi. Memahami syariah dari sudut yang simplistik tanpa memahami aspek fiqh dan maqasid hanya akan menjuruskan umat Islam kepada perangkap retorik dan dogmatik yang tidak berkesudahan.
3. Negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Keputusan samada Hudud dilaksanakan atau tidak di negara kita bukan keputusan eksklusif mana-mana parti politik. Tidak Umno, tidak PAS, tidak Amanah, tidak DAP. Ianya mestilah keputusan yang diabsahkan sebagai keputusan rakyat secara kolektif. Maka itu, prosesnya mesti melibatkan semua pihak dari kalangan rakyat. Sesuatu undang-undang itu, sebaik manapun ia dan sesuci manapun ia, hanya akan menjadi undang-undang setelah ianya absah (legitimate). Amanah percaya Hudud hanya boleh dilaksanakan di negara ni sekiranya ia sudah menjadi undang-undang yang absah dan Amanah juga percaya proses mendapatkan keabsahan perlu melalui proses yang demokratik, broadbased, dan constitutional. Sebab itu Amanah percaya usaha memperolehi keabsahan tidak boleh dibina di atas sentimen permusuhan, kebencian, bigotry, dan polarisasi di kalangan rakyat. Cara yang dibawa oleh PAS bukan sahaja akan menyebabkan stigma yang buruk terhdap Hudud, malah agak menyebabkan ianya menjadi semakin jauh dari lama tertangguh dan dimusuhi rakyat.
4. Tuduhan pimpinan Amanah sebagai takut dengan DAP adalah salah dan tersasar. Pihak yang takut ialah pihak yang pada mulanya mempunyai ruang berdialog, tetapi diatas ketidak upayaan mereka berdialog, mereka memilih untuk lari dan meminggir diri. Mereka lebih selesa membuat tindakan secara unilateral kerana tidak mampu berhujah dengan berkesan di meja dialog dan rundingan. Merekalah yang sebenarnya penakut. Pemimpin Amanah terus konsisten dengan pendekatan yang selama ini mereka terokai dan tidak pernah lari dari lapangan.
Wallahu a'lam.
Jamzuri Ardani
Sumber: kedahlanie.info/April 30, 2017.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Hishamuddin Rais - 6 Disember, 2018. Arwah datuk saudara sebelah emak saya dijatuhkan hukum gantung oleh kuasa kolonial Inggeris. Datuk...
-
Reutars Goldman Sachs Group Inc sedang berunding dengan kerajaan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa kawal selia negara itu untuk kemungk...
-
Theedgemarket.com - December 17, 2018 KUALA LUMPUR (Dec 17): Malaysia on Monday filed criminal charges against three subsidiaries of ...
-
Goldman Sachs Group Inc terus berdepan masalah undang-undang berhubung penglibatan mereka dengan syarikat pelaburan, 1MDB apabila Singapur...
-
Prof Madya Dr Nazri Muslim - 21 Disember, 2018 Islam satu sistem hidup yang bersifat rab-bani dan menganjurkan kepada manusia agar sent...
-
Lim Hong Siang Mustahil apa yang bermula dengan kebatilan, boleh berakhir dengan kebenaran. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) misalnya, berm...
-
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad 'Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara'. Itu lah asas konsep Islam universal yang menyatuk...
-
Siti Norhawa Mohd Ali Ahli dan kepemimpinan UMNO akan menerima padah sekiranya masih malu untuk membuka mulut dan masih takut serta gen...
-
Al-Abror Mohd Yusuf - 20 February, 2019 "Khemah BN dengan PAS tak meriah pun," kata rakan setugas di Semenyih pada hari pena...
-
Jose Barrock and Jenny Ng / The Edge Malaysia - 2 Mei, 2019 FGV Holdings Bhd’s current office, Wisma FGV, in Jalan Raja Laut is a far ...



