Midzilob blog

Berita dan komentar siasah dari pelbagai sumber.

Sunday, 30 April 2017

AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam politik negara..?

Pencerahan dari AMANAH.



1. Perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah bukan hak milik ekslusif mana-mana organisasi atau parti politik. Jadi, soalan samada Amanah mampu atau tidak adalah soalan yang subjektif. Semua pihak berupaya menyumbang ke arah perjuangan Islam, tetapi tidak ada satu pihak yang boleh mendabik dada bahawa perjuangan ini eksklusif milik mereka. Maka itu, kewujudan parti Amanah adalah untuk menyumbang ke arah penghayatan Islam di dalam aspek siyasah dan kenegaraan.

2. Hudud adalah sebahagian dari syariat Islam. Tetapi, ianya bukan satu-satunya syariat Islam. Syariat Islam meliputi banyak perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Setiap satunya mempunyai keutamaan yang berbeza dan setiap satunya mempunyai perbahasan feqah yang luas dan bersifat multidimensi. Memahami syariah dari sudut yang simplistik tanpa memahami aspek fiqh dan maqasid hanya akan menjuruskan umat Islam kepada perangkap retorik dan dogmatik yang tidak berkesudahan.

3. Negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Keputusan samada Hudud dilaksanakan atau tidak di negara kita bukan keputusan eksklusif mana-mana parti politik. Tidak Umno, tidak PAS, tidak Amanah, tidak DAP. Ianya mestilah keputusan yang diabsahkan sebagai keputusan rakyat secara kolektif. Maka itu, prosesnya mesti melibatkan semua pihak dari kalangan rakyat. Sesuatu undang-undang itu, sebaik manapun ia dan sesuci manapun ia, hanya akan menjadi undang-undang setelah ianya absah (legitimate). Amanah percaya Hudud hanya boleh dilaksanakan di negara ni sekiranya ia sudah menjadi undang-undang yang absah dan Amanah juga percaya proses mendapatkan keabsahan perlu melalui proses yang demokratik, broadbased, dan constitutional. Sebab itu Amanah percaya usaha memperolehi keabsahan tidak boleh dibina di atas sentimen permusuhan, kebencian, bigotry, dan polarisasi di kalangan rakyat. Cara yang dibawa oleh PAS bukan sahaja akan menyebabkan stigma yang buruk terhdap Hudud, malah agak menyebabkan ianya menjadi semakin jauh dari lama tertangguh dan dimusuhi rakyat.

4.  Tuduhan pimpinan Amanah sebagai takut dengan DAP adalah salah dan tersasar. Pihak yang takut ialah pihak yang pada mulanya mempunyai ruang berdialog, tetapi diatas ketidak upayaan mereka berdialog, mereka memilih untuk lari dan meminggir diri. Mereka lebih selesa membuat tindakan secara unilateral kerana tidak mampu berhujah dengan berkesan di meja dialog dan rundingan. Merekalah yang sebenarnya penakut. Pemimpin Amanah terus konsisten dengan pendekatan yang selama ini mereka terokai dan tidak pernah lari dari lapangan.

Wallahu a'lam.

Jamzuri Ardani

Sumber: kedahlanie.info/April 30, 2017.
Posted by midzilob blog at 14:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Blog

'Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?'

  • Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad bingung bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh menolak saman misfeasansnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, kehairanan itu berpunca daripada keputusan berbeza dikenakan pada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang berdepan tuduhan rasuah membabitkan ahli perniagaan Phang Li Koon.
"Saya tak tahu, tetapi dalam kes Guan Eng dia adalah penjawat awam. Jadi, kalau ketua menteri penjawat awam, perdana menteri (siapa), kuli?" kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini malam tadi.
Bekas perdana menteri itu diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman misfeasans bagi pegawai awam yang difailkan beliau dan dua yang lain terhadap Najib Razak.
Hakim Abu Bakar Jais memutuskan bahawa Najib - sebagai perdana menteri - bukan pegawai awam dan dengan itu menolak saman tersebut.
Tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah yang berkaitan dengan tanah penukaran (daripada pertanian kepada perumahan), dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
Lim didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan penukaran tanah di Balik Pulau untuk Magnificent Emblem Sdn Bhd.
Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis makan malam dan kutipan dana DAP Seputeh di Kuala Lumpur. Lebih 500 orang hadir di majlis berkenaan.
Kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga disambut meriah apabila komuniti Cina berasak-asak mahu merakam gambar masing-masing bersama pemimpin berusia 92 tahun itu.
Malah, seusai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memberikan kata-kata aluan, beliau sekali lagi disambut tepukan gemuruh sekali gus menyaksikan hadirin bangkit sambil memegang sepanduk "Kleptokrasi".
Sumber: Malaysiakini / April 30, 2017.
Posted by midzilob blog at 13:34 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Portal Berita

PPBM: Pendirian Hadi bukti PAS tidak berminat tolak BN

Oleh: Robin Augustin
Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor juga menolak dakwaan Hadi kononnya PPBM sebuah parti caca marba.
Datuk-Kamarudin-Md-Nor-PPBM-BersatuALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS hari ini dengan menegaskan, pihaknya akan terus bergerak ke hadapan bersama sekutu dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya, PAS mempunyai objektif yang berbeza daripada pembangkang yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
“Apa yang kami cuba lakukan ialah membentuk blok pembangkang tunggal untuk menghadapi BN. Jika ini keutamaan PAS, mereka akan bersama kita. Tidak mengapa, kami akan berganding dengan sekutu kami dalam Pakatan Harapan,” kata Ketua Penerangan PPBM, Kamarudin Mohd Noor kepada FMT.
Kamarudin turut menyangkal dakwaan Hadi kononnya PPBM parti caca marba.
Dengan menekankan struktur objektif dan kepimpinan PPBM, kata Kamarudin, beliau hanya boleh sedih apabila pemimpin-pemimpin PAS tidak sedar tentang perkara itu.
Ketika ditemui wartawan pada muktamar PAS hari ini, parti itu mengulangi pendirian tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.
Hadi berkata, penolakan itu disebabkan kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendirian jelas.

Katanya, PAS melihat pemimpin PPBM dalam keadaan tidak menentu sehinggakan sukar untuk parti itu berbincang dan bekerjasama.
Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Dalam pada itu, Kamarudin berkata, kajian terbaharu menunjukkan PAS akan kalah teruk dalam pertembungan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kamarudin merujuk kepada kajian Invoke Malaysia, sebuah NGO diketuai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendapati PAS akan menerima undian terendah daripada pengundi Melayu jika membabitkan pertandingan 3 penjuru.
"Di atas kertas, pemenang terbesar akan menjadi BN, tetapi kita tahu bahawa di lapangan, orang ramai amat tidak berpuas hati dan mencari pihak yang berdaya maju untuk mengambil alih Putrajaya dan Pakatan Harapan sedang berusaha ke arah itu.”
Sejak kebelakangan ini, pemimpin Pakatan Harapan, terutama dari PPBM dan PKR menggesa PAS menyatakan sama ada mereka akan menyertai blok pembangkang untuk melawan BN.
Tahun lepas, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuarakan keyakinan PPBM boleh menjadi pengikat antara PAS dan Pakatan Harapan.
PAS bagaimanapun enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, terutama DAP dan Amanah yang merupakan sebahagian daripada pakatan bersama PKR dan PPBM.
Sumber: Free Malaysia Today / April 29, 2019
Posted by midzilob blog at 10:44 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Portal Berita

Saturday, 29 April 2017

(Video) Dr Siti Mariah Dedah Segala-galanya Dalam Rancangan TERUS-TERANG


Posted by midzilob blog at 18:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: You Tube

(Video) Mat Sabu AMANAH Terbaru 2017-Pas hentam AMANAH kerana AMANAH Kuat


Posted by midzilob blog at 17:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: You Tube

(Video) Rafizi Ramli-BONGKAR,Pas Makan Umpan Najib Razak & Wang Yg Dirompak Dari Rakyat TERBARU 2017


Posted by midzilob blog at 15:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: You Tube

Kata-kata kesat pemimpin PAS burukkan imej Islam





MENTAKAB, 28 APR: Cercaan pemimpin PAS dengan perkataan jelik terhadap saingan politiknya jelas tidak menggambarkan sikap seorang agamawan Islam yang baik kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Kenyataan ini dibuat mengulas tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir yang melaungkan ‘Jahanam PAN’ dalam perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS ke-56 di dewan Sekolah Rendah Darul Ulum, Alor Setar, Kedah semalam.
“Apa yang diucapkan oleh Ketua Ulama PAS Kedah itu tidak mengambarkan seorang agamawan Islam, ia mencerminkan sikap fanatik.
“Seolah-olah pendapat daripada kumpulan lain yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka dianggap musuh Islam atau mungkin juga kafir harbi dan sebagainya,” katanya kepada Roketkini.
Tindakan Ketua Dewan Ulama PAS itu melaungkan perkataan ‘Jahanam PAN’ sejurus membaca ikrar dan laungan takbir kata ADUN Mentakab itu, tidak mencerminkan kematangan pemimpin PAS berpolitik dan lari dari ajaran Islam.
“Ia hanya mengelirukan umat Islam khususnya pengikut PAS.
“Adakah ini berlaku kerana mengikut acuan pemimpin mereka sendiri yang sebelum ini yang memaki-hamun dengan perkataan biawak, anjing, butir tahi, barua, keldai dan sebagainya,” soal ADUN Mentakab itu.
Sikap suka mencemuh dan mengeji yang semakin menjadi-jadi di kalangan pemimpin PAS saat ini katanya memberi gambaran parti itu menuju kepada kekerasan.
“Tidak peliklah kalau ramai orang bukan Islam membantah rang undang-undang persendirian yang mereka bawa, sesama orang Islam pun mereka jahanamkan,” kata Tengku Zul lagi. –Roketkini.com / April 29, 2017.
Posted by midzilob blog at 13:47 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Portal Berita

AMANAH: Jika PAS ada maruah, tarik diri dari k'jaan S'gor


    Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata jika PAS mempunyai maruah, ia harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor selepas berusaha untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang memimpin kerajaan negeri itu.
    "Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," tambahnya.
    Beliau mengingatkan PAS bahawa Sultan Selangor yang melantik ahli-ahli PAS dalam kabinet negeri.
    Faiz mengingatkan demikian selepas Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ahli exco parti itu dalam kerajaan Selangor tidak akan meletak jawatan walaupun PAS memutuskan hubungan dengan PKR kerana menurutnya, mereka dilantik oleh PAS, bukan PKR.
    Faiz menyifatkan kenyataan Muhammad Khalil sebagai "begitu naif" tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.
    "Lantikan exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
    "Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu menteri besar dalam konteks perlantikan exco," katanya.
    Justeru, katanya, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh menteri besar dan bukannya PAS.
    "Atas dasar inilah, empat orang exco PAS dikurangkan kepada tiga orang setelah Datuk Seri Azmin dilantik sebagai menteri besar dan tiada bantahan oleh PAS ketika itu," katanya.
    Sumbet: Malaysiakini / April 29, 2017.
    Posted by midzilob blog at 12:15 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Saya terkilan PAS jadikan PKR bahan serangan - Syed Badli Shah

    Saya mengambil maklum dan mengikuti perkembangan Muktamar Dewan Pemuda PAS. Dalam muktamar tersebut beberapa pembahas menyasarkan Parti Keadilan Rakyat, YB Rafizi Ramli dan Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai bahan serangan.
    Saya berasa agak terkilan kerana PAS menjadikan PKR sebagai bahan serangan dan bukannya Umno dan Barisan Nasional. Seharusnya platform penting seperti muktamar dijadikan pentas utama untuk membincangkan agenda yang menekan rakyat oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional.
    Kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP, PAS dan AMANAH telah mendapat mandat sekali lagi dalam pilihanraya umum yang lalu.
    Adalah tidak masuk akal jika PAS membuat keputusan untuk memutuskan "tahalluf siyasi" bersama PKR dan pemegang jawatan PAS masih mahu duduk bersama dalam sebuah kerajaan.
    Umum mengetahui PAS tidak mahu menjalin kerjasama bersama DAP dan AMANAH. Ini bermakna tahalluf siyasi bersama PKR adalah satu-satunya tiket buat PAS untuk terus duduk bersama dalam sebuah kerajaan seperti di Selangor. Kelmarin, Dewan Ulama PAS dalam muktamar tahunannya meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
    Jika usul ini diterima dalam Majlis Syura, ini bermakna pemegang jawatan PAS di semua peringkat dalam kerajaan negeri Selangor seharusnya berundur dari jawatan masing-masing. Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan kestabilan politik khususnya di negeri Selangor.
    Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata dalam muktamar, (bahawa) pimpinan PAS di Selangor tidak perlu meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor jika parti Islam itu memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad.
    Adalah tidak masuk akal PKR dan PAS bercerai tetapi masih mahu duduk sebumbung. Perlu saya tegaskan kepada Saudara Muhammad Khalil bahawa kerajaan negeri Selangor tidak dibentuk dengan hanya kerjasama PKR dan PAS semata-mata, tetapi DAP dan AMANAH juga punya peranan besar untuk memperkukuhkan kestabilan kerajaan negeri.
    Justeru saya menggesa Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam PAS bertindak matang dalam membuat keputusan sebelum sesuatu usul diterima dan diputuskan.
    Kerana sebarang usul yang bertindak memutuskan hubungan tahalluf siyasi bersama PKR akan mengheret kepada situasi ketidakstabilan politik khususnya di negeri Selangor dan ini akan memberikan kelebihan kepada musuh utama Umno dan Barisan Nasional.

    Sedarlah bahawa musuh utama kita adalah Umno dan Barisan Nasional dan bukannya parti-parti di kalangan pembangkang.

    SYED BADLI SHAH SYED OSMAN adalah penolong setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat dan juga setiausaha AMK Selangor

    Sumber: Malaysiakini / April 29, 2017
    Posted by midzilob blog at 11:26 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Friday, 28 April 2017

    Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas



    Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.
    Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR.
    Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR.
    "Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu.
    Mahfuz tidak bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR.
    Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR.Kedudukan kerusi dalam DUN Selangor selepas Pas putus dengan PKR."Exco Selangor dilantik atas cadangan menteri besar. MB adalah dari PKR. Bila sudah putus hubungan dengan PKR, kena berundurlah.
    "Rakyat hanya melantik Adun dan ahli parlimen tetapi exco dilantik atas nasihat dan cadangan MB bukan oleh rakyat," kata Mahfuz.
    Mahfuz mengingatkan Khalil, yang kebetulan anak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ketika Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar beliau hanya melantik tiga exco Pas sahaja.
    Ia berbeza dengan bilangan exco Pas ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar iaitu empat orang.
    "Ini menunjukkan nak lantik exco dan bilangannya berapa bergantung kepada menteri besar bukan ditentukan oleh rakyat," katanya.
    Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas di Alor Setar kali ini telah meluluskan usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
    Usul itu diserahkan kepada Majlis Syura Pas untuk dibuat keputusan akhir sebelum dilaksanakan.
    Khalil ketika sidang media mengumumkan, Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana exco bukan dilantik oleh PKR atau DAP.
    Sumber: MALAYSIA DATELINE 28 April 2017. 
    Posted by midzilob blog at 22:39 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Anwar: Kerajaan mahu saya 'kenakan' Mahathir

    Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan kenyataan yang diberikan kepada pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal tukaran wang asing (Forex) bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjadi punca kerugian Bank Negara sekitar 1990-an.
    Bekas ketua pembangkang itu mendakwa kerajaan mahu kenyataan beliau digunakan bagi menentang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan sekutu pembangkang.
    Mahathir, yang menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah pengkritik lantang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pengurusan negara terutama melibatkan isu 1MDB.
    “Saya konsisten dengan kenyatan saya dalam menggesa peletakan jawatan Nor bagi kerugian Forex kemudiannya,” kata Anwar kepada pemberita selepas perbicaraan kes qazaf membabitkan beliau hari.
    Bagaimanapun Anwar berkata Nor telah dilantik sebagai menteri kewangan kedua dalam kabinet bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
    “Apabila Nor dilantik (ketika zaman saya), syaratnya adalah dia tidak seharusnya terlibat dalam institusi kewangan. Tetapi beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua (semasa Pak Lah). Mereka (BN dan Umno) tidak berpuas hati dengan komen saya,” katanya ketika diiringi pegawai penjara dan polis.
    “Mereka mahu menggunakan saya untuk menyerang Mahathir, tetapi saya berkata kamu tidak boleh menggunakan ini untuk menyerang Mahathir semata-mata,” katanya.
    Anwar sebelum ini mengadu bahawa Nor diberikan jawatan dalam Khazanah Nasional ketika pentadbiran Najib.
    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dua hari lepas, Anwar berkata Nor telah dihalang daripada mengendalikan kewangan negara.
    Pemimpin de-facto PKR itu diminta mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bahawa beliau mengubah ceritanya mengenai skandal forex.
    “Bila dia bersama Dr Mahathir Mohamad, dia kata satu perkara.
    “Bila dia menentang Mahathir, dia kata perkara lain. Dan sekarang bila dia sekali lagi bersama Mahathir, Anwar buat cerita baru,” kata Salleh dalam satu catatan blog.
    Anwar berkata beliau memberitahu pasukan petugas forex bahawa gabenor BNM ketika itu, Allahyarham Tun Jaafar Hussein pada tahun 1993 berkata “Nor Mohamed Yakcop telah memberikannya laporan tidak tepat dan menerima peletakan jawatan Nor Mohamed kerana dia adalah pegawai yang bertanggungjawab”.
    “Jaafar sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya walaupun saya mengakui integriti dan kejujuran beliau bahawa beliau tidak diberi penjelasan penuh oleh Nor Mohamed,” katanya. – Sumber: Malaysiakini
    Posted by midzilob blog at 21:34 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    (Video) Tasik Gelugor:Tun Mahathir(Tun M)-Hanya Yg Bodoh Dalam UMNO Supaya Najib...

    Posted by midzilob blog at 11:41 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: You Tube

    Thursday, 27 April 2017

    1MDB: Putar belit UMNO-BN akhirnya makan tuan





    oleh RoketKini

    KUALA LUMPUR, 27 APR: Cubaan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengambarkan kononnya skandal 1MDB sudah selesai sebenarnya memakan diri mereka sendiri, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
    Ini kerana, katanya, kenyataan yang dikeluarkan menteri UMNO-BN untuk mempertahankan syarikat pelaburan bermasalah milik negara berkenaan membangkitkan semula persoalan asas yang sehingga kini masih tidak terjawab.
    Beliau memberi contoh antara lain kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bahawa kononnya penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC) membuktikan perdana menteri tidak bersalah.
    Menurut Kit Siang, Rahman Dahlan juga mendakwa bahawa kononnya dana 1MDB wujud dalam bentuk ‘unit’ di Singapura dan boleh ditukarkan ke dalam bentuk matawang untuk dibayar kepada syarikat Abu Dhabi berkenaan.
    “Terima kasih Abdul Rahman, kerana beliaulah soalan-soalan ini telah dibawa semula kepada perhatian masyarakat umum, bersekali dengan pertanyaan yang dibangkitkan Tony Pua dan pemimpin yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
    Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam kenyataan beliau sebelum ini membangkitkan persoalan mengapa rakyat Malaysia perlu menanggung pembayaran sebanyak dua kali ganda 1MDB kepada IPIC.
    Hasil penyelesaian timbangtara antarabangsa di London memutuskan bahawa IPIC akan menerima bayaran berjumlah AS$1.205 bilion.
    1MDB dan Kementerian Kewangan juga diarahkan bertanggungjawab ke atas faedah bon bernilai US$3.5 bilion yang dijamin IPIC.
    Dalam pada itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mengulangi desakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sesi Parlimen khas bagi membincangkan skandal 1MDB secara menyeluruh.
    Kerajaan UMNO-BN juga, kata Kit Siang, perlu menyelesaikan masalah berkait saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) secara perundangan bagi membersihkan nama Malaysia yang kini terpalit dengan gelaran kleptokrasi. – Roketkini.com
    Posted by midzilob blog at 15:39 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    PRU ke-14 di tengah lingkaran derita rakyat

     (OLEH: A.SHUKUR HARUN)

    Boleh digambarkan sekarang bahawa Pilihan raya Umum ke-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi,di mana ia akan menjadi ‘Ibu segala pilihanraya’.
    Boleh juga dibayangkan bagaimana riuh rendahnya PRU akan datang itu, dengan begitu banyak calon dan parti politik yang bertanding. Semuanya mahu merebut Putrajaya.
    Namun begitu, tidak syak lagi bahawa PRU ke-14 itu akan berlansung di tengah derita rakyat yang bukan kepalang. Iaitu, antara lain disebabkan:
    Harga barangan yang terus naik, menyebabkan rakyat, terutama mereka yang berpendaptan rendah dan sederhana terus menderita.
    Pengangguran di kalangan belia, khususnya, para graduan universiti, terus bertambah dan menakutkan.
    Penutupan pelbagai syarikat dan pembuangan pekerja yang terus bertambah menyebabkan pengangguran meningkat.
    Daya beli rakyat terus merosot kerana harga barangan mahal.
    Nilai ringgit yang terus rendah memberi kesan kepada perdagangan luar negeri malah tempatan juga.
    Keadaan ekonomi yang lemah, menyebabkan rakya tidak dapat merancang masa depan mereka, malah tidak dapat membayangkan bagaimana nasib masa depan generasi yang ada dan akan datang.
    Dalam keadaan yang meresahkan ini, rakyat memberi fokus penting mengenai krisis ekonomi ini dan mereka dilihat tidak memberi perhatian kepada isu perkauman yang sering di ketengahkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
    Oleh itu para penganalisis dan pemerhati politik, malah aktivis politik sendiri mengakui bahawa isu derita rakyat disebabkan harga barangan naik, mendominasi PRU akan datang ini.
    Isu ini sangat meluas, diperkatakan di mana-mana, baik di bandar mahupun di luar bandar. Justeru kenaikan harga barangan ini menyeluruh dirasai oleh rakyat – berpendapatan rendah dan sederhana – di bandar mahupun di luar bandar.
    Adapun golongan elit tidak pedulipun derita rakyat ini.
    Dalam situasi yang kritikal ini, rakyat tidak berminat untuk membincangkan isu lain, yang antara lain, kononnya jika DAP menang besar dalam PRU akan datang ini bermaka kononnya orang Cina akan memerintah.
    Isu perkauman ini ditebarkan ke tengah rakyat untuk mendapatkan keuntungan politik golongan tertentu untuk mengekalkan kuasa.
    Namun isu palsu ini tidak berkesan lagi di kalangan rakyat. Malah umpan isu kebimbangan ini tidak dipedulikan oleh rakyat.
    Mereka lebih memikirkan bagaimana untuk meneruskan kelansungan hidup dengan harga barangan naik melambung.
    Yang difikir oleh rakyat ialah bagaimana untuk mereka meneruskan hidup, bukan untuk bermewah-mewah, bahkan jauh sekali, tetapi supaya ‘dapur mereka boleh terus berasap’.
    Inilah yang mereka fikirkan siang malam. Maka PRU akan datang ini mereka akan menghantar isyarat bantahan – melalui peti undi – akan harga barangan naik ini yang sangat menyeksa ini.
    Sementara itu, menjelang PRU akan datang ini pelbagai bantuan segera dalam pelbagai bentuk akan, malah sedang dilambakkan di tengah rakyat siang dan malam. Belum lagi dedak berupa wang dan segalanya.
    Pelbagai ‘lakonan’ pemimpin dan pendukung parti politik akan terserlah, tiba di tengah rakyat, Mereka memakai motosikal, atau basikal. Kereta mahal mereka jauh di letakkan di bandar.
    Mereka mengunjungi rumah rakyat di mana saja, beramah mesra dan menghulurkan bantuan, menyuapkan nasi kepda orang tua, membelai kanak-kanak, menyantuni penghuni rumah.
    Sumber: Malaysia Dateline/April 27, 2017.
    Tetapi rakyat sudah amat kenal denga lakonan mereka. Bahawa lakonan ini tidak akan dapat menutup derita rakyat kerana kenaikan harga barang, rasuah dan segalanya.
    Posted by midzilob blog at 15:26 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Tun Mahathir persoal ke mana pergi duit yang dibayar kepada syarikat palsu Aabar BVI








    KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik pengumuman penyelesaian pertikaian hutang antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan International Petroleum Investment Company (IPC).
    Pengkritik lantang syarikat kerajaan tersebut berkata, perjanjian antara 2 entiti itu tidak menyelesaikan masalah kerana 1MDB membayar hutangnya sebanyak 2 kali.
    “Kena ingat, wang itu sudah disampaikan kepada (anak syarikat) IPIC (melalui anak syarikat) Aabar BVI, tetapi mereka kata itu bukan syarikat mereka.
    “Nampaknya 1MDB bayar kepada syarikat palsu. Sekarang nak bayar sekali lagi kepada syarikat tidak palsu… Jadi kita rugi 2 kali,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.
    Mengulas lanjut, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) sememangnya anak syarikat IPIC yang sah, yang dinafikan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu.
    Menurut Malaysiakini, beliau berkata ia berdasarkan rekod yang diberikan 1MDB kepada PAC sebelum ini, dan disahkan oleh Pendaftar Hal Ehwal Korporat British Virgin Islands bertarikh 11 Ogos 2016.
    Minggu ini, IPIC dan 1MDB mengumumkan mereka sudah menyelesaikan pertikaian hutang tersebut, melalui persetujuan yang menyatakan 1MDB akan membayar AS1.2 bilion (RM5.25 bilion) kepada IPIC.
    Dalam persetujuan itu, yang dilaporkan kepada Bursa Saham London, 1MDB akan membayar AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran pada Julai dan Disember kepada IPIC, selepas pertikaian antara 2 syarikat itu di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
    1MDB juga akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran faedah pada masa akan datang dan pembayaran prinsipal bagi 2 bon terbitan syarikat-syarikat Kumpulan 1MDB Group yang bernilai AS$3.5 bilion, yang berakhir pada 2022.
    Perjanjian itu sebelum ini dikritik Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.
    Mahathir menegaskan isu utama adalah ke mana sebenarnya wang yang dahulunya dikatakan dibayar kepada IPIC.
    “Duit kepada syarikat palsu ini pergi mana, siapa yang dapat? Ini masalahnya.”

    Sumber: Amanah Daily/April 27, 2017.
    Posted by midzilob blog at 12:39 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Tumbangkan Najib PRU 14 (TN14), bukan tunggu 2050

    Apr 25 2017 / KeadilanDaily

    Pakatan Harapan terpanggil dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sengaja melengah-lengahkan penyelesaian dasar seperti rasuah, urus tadbir bersih, kos sara hidup tinggi, pengangguran dan bermacam-macam lagi.
    Pakatan Harapan ingin menegaskan kepada kerajaan bahawa masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini adalah kritikal dan rakyat tidak perlu tunggu hingga 2050 tetapi rakyat boleh membuat pilihan pada PRU-14 dengan menumbangkan Umno BN agar Malaysia bebas dikuasai daripada tangan-tangan perasuah.
    Dilema rakyat khususnya golongan muda sering dibangkitkan oleh Pakatan Harapan secara konsisten demi mendapat perhatian kerajaan, namun ia disia-siakan. Beberapa isu besar yang perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.
    Pentadbiran bebas rasuah
    Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang makin berleluasa di bawah pentadbiran Najib Razak. Barometer Korupsi Global Transperancy International (Asia Pasifik) bagi tahun 2016 telah mendedahkan seramai 60 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa tahap rasuah negara ini semakin teruk dengan pertambahan dua kali ganda berbanding 30 peratus pada tahun 2014.
    William
    Pada bulan Mac tahun lepas, majalah ‘Time’ telah menempatkan Malaysia sebagai negara kedua paling korup di dunia selepas Brazil. Sama juga seperti yang dilaporkan pada bulan Mei 2016, Malaysia berada di kedudukan nombor dua di dunia selepas Russia di dalam The Economist’s Crony Capitalism Index 2016. Dua bulan kemudian, nama Malaysia sekali lagi telah dimalukan di seluruh dunia apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyatakan negara kita mengamalkan dasar kleptokrat akibat skandal 1MDB.
    Pada tahun 2015, Global Financial Integrity (GFI) menempatkan Malaysia dalam senarai lima negara utama di dunia yang mengamalkan aliran tunai keluar secara haram dengan jumlah terkumpul bersamaan RM1.8 trilion antara tahun 2004 dengan 2013.
    Dengan skandal-skandal 1MDB, Jabatan Air Negeri Sabah, Felda, dan Majlis Amanah Rakyat, ini membuktikan bahawa budaya korupsi yang diamalkan oleh Kerajaan Umno BN semakin membarah. Kos rasuah terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam bentuk kemerosotan nilai matawang ringgit, pemotongan peruntukan untuk sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan, GST, serta kenaikan kos sara hidup.
    Pengangguran tinggi di kalangan graduan
    Minggu lalu, Laporan Tahunan 2016 Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan pengangguran belia atau anak muda telah mencecah 10.7 peratus dalam tahun 2015. Jumlah tersebut lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara iaitu pada kadar 3.1 peratus.
    Data ini menunjukkan bahawa pada tahun 2015, seramai 42 peratus daripada kadar pengangguran itu adalah lingkungan umur 20 hingga 24 tahun, manakala 20.4 peratus berumur 25 hingga 29 peratus. Golongan berumur 15 hingga19 tahun pula dicatatkan sebanyak 19 peratus.
    Laporan itu dengan jelas telah menyatakan dengan terperinci bahawa pengangguran juga sangat tinggi di kalangan graduan iaitu sebabanya 15.3 peratus.
    Gaji rendah
    Hasil kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati, keseluruhan gaji di Malaysia berlaku peningkatan tetapi sangat perlahan. Median gaji pertengahan tahun ini berada di tahap RM1600 sebulan berbanding RM1500 tahun lalu.
    Namun di kawasan-kawasan bandar, kenaikan gaji hanyalah sebanyak RM55 sahaja manakala rakyat yang tinggal di pedalaman mendapat gaji kurang dari RM1200 iaitu sebanyak RM400 kurang daripada mereka yang di bandar. Di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, kadar kenaikan menjadi kosong jika kita ambil kira kadar inflasi.
    Kos sara hidup tinggi
    Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Rahmah Ismail, bayaran upah atau gaji di Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran iaitu Singapura tetapi lebih tinggi dari Indonesia dan Thailand.
    Namun, perbandingan dengan Indonesia dan Thailand menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah lebih tinggi menyebabkan gaji benar di negara ini jauh lebih rendah.
    Dalam masa yang sama, harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain, iaitu kira-kira 30 peratus. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport pelbagai jenis bahan makanan daripada luar negara. Contohnya, negara telah mengimport lebih 90 peratus bekalan susu dan 70 peratus bekalan daging mentah.
    Rakyat tidak mampu miliki rumah
    Rumah mampu milik yang dibina setiap tahun hanya 21 peratus berbanding lebih 60 peratus keperluan sebenar. Harga rumah yang melambung tinggi tidak selaras dengan realiti ekonomi rakyat yang menyebabkan 70 peratus rakyat tidak mampu memiliki rumah.
    Laporan BNM bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa pasaran perumahan kurang penawaran berbanding permintaan khususnya bagi rumah mampu milik. Peningkatan kadar upah dan rumah pula tidak selari.
    Kos pengangkutan
    Selain peningkatan kos bahan api, makanan, perubatan dan lain-lain, kerajaan juga gagal untuk menyekat daripada berlakunya kenaikan kos pengangkutan. Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhada sangat terkesan apabila kos pengangkutan meningkat termasuklah kos pengangkutan awam.
    Isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh rakyat ini wajar diselesaikan secara tuntas, bukannya bermain dengan pelbagai slogan demi kepentingan tertentu. TN50 adalah satu lagi kaedah untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan Umno BN!
    PAKATAN HARAPAN
    Dr Hatta Ramli
    Ahli Parlimen Kuala Krai
    Parti Amanah Negara (Amanah)
    William Leong
    Ahli Parlimen Selayang
    Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
    Charles Santiago
    Ahli Parlimen Klang
    Parti Tindakan Demokratik (DAP)
    Posted by midzilob blog at 11:35 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    Rumah usang papar realiti kemiskinan di Malaysia

    (Oleh Fuziah Salleh)
    Memperlihatkan tularnya mengenai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor di hadapan sebuah rumah usang di Kampung Padang Kerbau, Pahang baru-baru ini, ianya memberikan dua mesej penting terhadap rakyat Malaysia.
    Pertama, mengenai saat hampir tibanya pilihan raya di mana para menteri mula prihatin terhadap rakyat – bahkan secara 'sukarela' sanggup menyapu sampah atau duduk di tangga rumah usang. Kedua, sebagai satu bukti bahawa masih lagi wujudnya golongan miskin yang daif, walaupun selama ini digembur-gemburkan oleh para menteri bahawa Malaysia ini negara yang ekonominya membangun.
    FuziahSudah tentu terdapat sebahagian rakyat akan terfikir bahawa terdapat perkaitan pilihan raya dan kemiskinan. Teori-teori ekonomi menjelaskan bahawa terdapat kesan buruk yang berpotensi terjadi di negara yang mempunyai kadar jurang kaya dan miskin yang tinggi, termasuklah Malaysia yang dinilai berdasarkan petunjuk GINI Coefficient iaitu sekitar 0.43.
    Antara kesan buruk ketidaksamarataan pendapatan adalah kebarangkalian ahli politik untuk mempergunakan golongan miskin dengan menawarkan 'gula-gula' menjelang musim pilihanraya demi meraih undi.
    Apabila dikaji setiap tindakan Umno BN, pendekatan yang digunakan calon pilihan raya adalah dengan memberikan makanan keperluan asas, misalnya beras beserta dengan paparan foto pemimpin atau cap dacing pada permukaan bekas plastik. Pemberian ini, diberikan secara terancang kepada golongan berpendapatan rendah, apatah lagi yang tinggal di desa.
    Mengikut perspektif psikologi, seseorang individu akan mementingkan keperluan asas diikuti sekuriti sosial dan selanjutnya. Jika diberikan barang keperluan asas kepada orang miskin, kecenderungan orang miskin untuk membantu pihak penderma adalah tinggi, termasuklah memberikan undi sebagai satu bentuk balas budi.
    Persoalannya, mengapakah pada masa kini, masih wujudnya golongan fakir miskin di Malaysia? Bukankah sebelum ini, beberapa pemimpin Umno BN mengatakan ekonomi kita tidak bermasalah, bahkan sehinggakan golongan berpendapatan rendah juga dikenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
    Mengapakah masih lagi wujud rakyat yang tinggal di rumah usang, seolah-olah mereka sedang berada di zaman sebelum kemerdekaan?
    Di manakah sebenarnya letak peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)?
    Terdapat beberapa projek Kerajaan Umno BN di luar bandar yang disenaraikan dalam Belanjawan Tahunan seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mesra rakyat. Persoalan utamanya, mengapa JKKK tidak memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat dan turut membantu mohonkan peruntukan? Dengan peruntukan bernilai jutaan ringgit, apatah lagi dengan hasil terkumpul melebihi RM200 bilion setahun. Mengapa masih lagi kerajaan Umno BN masih gagal perbaiki atau menyediakan rumah yang lebih baik untuk golongan miskin kritikal di desa?
    Bertambah malang lagi, apabila beberapa kelompok sukarelawan daripada komponen Parti Pakatan Harapan (PH) serta NGO tidak berpatisan berpengalaman datang melawat keluarga miskin serta berhasrat untuk membaiki rumah mereka, terdapat beberapa pimpinan kampung yang menghalang sukarelawan bertemu keluarga miskin di kampung, apatah lagi menyalurkan bantuan.
    Adakah wujudnya tangan ghaib yang menghalang kumpulan miskin untuk didapatkan bantuan, melainkan dari pihak yang diiktiraf oleh Umno BN?
    Sekiranya faktor wujudnya golongan miskin di Malaysia sehingga kini adalah sebahagian rancangan pemerintah untuk memperoleh undi, ianya merupakan sesuatu yang dijijikkan.
    Ditambah lagi dengan kos perkhidmatan internet yang mahal, ketidakmampuan golongan miskin untuk mendapat info daripada media alternatif adalah rancangan terbaik untuk pemerintah memastikan golongan miskin akan membantu mengekalkan kuasa dengan tawaran 'gula-gula manis' yang disertai kesakitan untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Harapan saya adalah rakyat kini memahami taktik lapuk Umno BN selama ini.
    * Fuziah merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

    (Sumber: KeadilanDaily/Apr 25 2017)
    Posted by midzilob blog at 11:26 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita

    PH mahu sifar GST, BN laksana GST 6% demi biaya kerugian RM39b 1MDB

    (Oleh Nurul Izzah Anwar)
    Tatkala kerajaan BN berterusan cuba mengalihkan pandangan umum daripada fakta mengenai ketirisan dalam pengurusan dana awam melalui ‘berita palsu’ yang diterbitkan di media arus perdana, rupa-rupanya ada dapatan menarik mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sengaja disenyapkan.
    Perolehan kerajaan RM39 bilion menerusi GST adalah sama dengan jumlah kerugian yang dicatatkan akibat skandal penyelewengan 1MDB.
    izah-gstMenerusi kadar GST 6%, rakyat menjadi mangsa kepada penyelewengan kerajaan. Sementara, pimpinan Pakatan Harapan (PH) kekal konsisten dengan pendapat bahawa beban akibat GST harus dihentikan segera.
    Awal bulan ini, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) mendedahkan bahawa 1MDB mengalami kerugian RM39 bilion akibat penyelewengan dan pengurusan yang lemah dan pada masa sama, kerajaan BN dijangka mengumumkan kutipan RM39 bilion menerusi GST pada 2016.
    Ini jelas menunjukkan cukai yang tinggi kepada rakyat - terutamanya golongan B40 dengan kadar 6%, boleh dielak sekiranya 1MDB tidak perlu diselamatkan.
    Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru dan beban yang diakibatkan oleh GST harus dihentikan segera.
    Saya sekali lagi menegaskan komitmen Pakatan Harapan seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan Alternatif 2017 bahawa semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kadar sifar GST sekiranya PH diberi mandat pada pilihan raya akan datang.
    Langkah ini bertujuan mengalihkan beban rakyat yang sengsara akibat kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanakan GST 6 peratus.
    Apapun, tindakan kerajaan BN berterus-terusan mengenakan cukai yang membebankan rakyat menerusi GST pada kadar 6% sejak dua tahun yang lalu jelas membuktikan rakyatlah yang sebenarnya menyelamatkan Kerajaan Pusat.
    * Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.

    Sumber: KeadilanDaily/Apr 25 2017 
    Posted by midzilob blog at 11:25 No comments:
    Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
    Labels: Portal Berita
    Newer Posts Home
    Subscribe to: Posts (Atom)

    Popular Posts

    • Can a holy man lie? Apparently Hadi can!
      P Ramakrishnan PAS president Abdul Hadi Awang had allegedly written a letter in Arabic addressed to the world Muslim leaders. This news ...
    • Putus hubungan Pas dengan PKR hanya 'acah-acah' sahaja
      Oleh:MALAYSIA DATELINE Pas PKR Keputusan Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR bukanlah suatu yang muktamad dan sekadar '...
    • ÙMNO DAN BN SEDAR MEREKA AKAN KALAH DI KERUSI-KERUSI FELDA PADA PRU14
      Keseluruhan rakyat malaysia khususnya warga Felda jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin o...
    • Badan pemikir cadang logo PKR sebagai alternatif PH
      Pakatan Harapan Pakatan Harapan harus menyediakan pelan alternatif bagi menghadapi situasi kemungkinan pendaftaran gabungan dengan...
    • Dari petugas baris depan - Bencana yang menimpa hospital Lembah Klang
      Annabelle Lee Lembah Klang pada masa ini mengalami lonjakan penularan Covid-19 terburuk, walau dengan penguatkuasaan sekatan pergerakan penu...
    • PAS belakangi aspirasi rakyat – MB Selangor
      oleh  RoketKini SHAH ALAM, 12 MEI: Tindakan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR membelakangi aspirasi...
    • Saman Sarawak Report: Takziah Penyelesaian Tanpa Kesudahan
      Husam Musa z  03 Februaru, 2019 Takziah. Kepada siapa senandung takziah ini hendak disampaikan? Saya sendiri tidak pasti kepa...
    • Apalah malangnya nasib Utusan Melayu?
      Gamal Nasir Mohd Ali  -  22 Disember, 2018 APALAH malangnya nasib institusi besar dan syarikat akhbar, yang pernah berpengaruh kepada o...
    • Dr M di Gelang Patah dengan mesej berbeza
      Sebulan sebelum pilihan raya umum lepas pada tahun 2013, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam lawatan simbolik ke Joho...
    • FGV masih berbincang dengan Felda, termasuk perjanjian pajakan tanah
      NILAI : Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih mengadakan perbincangan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) m...
    Powered By Blogger

    Search This Blog

    About Me

    My photo
    midzilob blog
    View my complete profile

    Total Pageviews

    57,309

    Blog Archive

    • ►  2021 (11)
      • ►  August (1)
      • ►  July (3)
      • ►  June (3)
      • ►  February (2)
      • ►  January (2)
    • ►  2020 (26)
      • ►  December (1)
      • ►  June (1)
      • ►  May (6)
      • ►  April (7)
      • ►  March (4)
      • ►  February (1)
      • ►  January (6)
    • ►  2019 (44)
      • ►  December (6)
      • ►  May (4)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)
      • ►  February (11)
      • ►  January (21)
    • ►  2018 (64)
      • ►  December (46)
      • ►  November (3)
      • ►  October (1)
      • ►  August (7)
      • ►  March (7)
    • ▼  2017 (108)
      • ►  July (12)
      • ►  May (78)
      • ▼  April (18)
        • AMANAH oh AMANAH.. kenapa kau perlu wujud dalam po...
        • 'Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?'
        • PPBM: Pendirian Hadi bukti PAS tidak berminat tola...
        • (Video) Dr Siti Mariah Dedah Segala-galanya Dalam ...
        • (Video) Mat Sabu AMANAH Terbaru 2017-Pas hentam AM...
        • (Video) Rafizi Ramli-BONGKAR,Pas Makan Umpan Najib...
        • Kata-kata kesat pemimpin PAS burukkan imej Islam
        • AMANAH: Jika PAS ada maruah, tarik diri dari k'jaa...
        • Saya terkilan PAS jadikan PKR bahan serangan - Sye...
        • Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan,...
        • Anwar: Kerajaan mahu saya 'kenakan' Mahathir
        • (Video) Tasik Gelugor:Tun Mahathir(Tun M)-Hanya Yg...
        • 1MDB: Putar belit UMNO-BN akhirnya makan tuan
        • PRU ke-14 di tengah lingkaran derita rakyat
        • Tun Mahathir persoal ke mana pergi duit yang dibay...
        • Tumbangkan Najib PRU 14 (TN14), bukan tunggu 2050
        • Rumah usang papar realiti kemiskinan di Malaysia
        • PH mahu sifar GST, BN laksana GST 6% demi biaya ke...

    Portal Berita Pilihan

    • Asia Times
    • Astro Awani
    • Bebas News
    • BH Online
    • Free Malaysia Today
    • Malay Mail Online
    • Malaysia Dateline
    • Malaysia Gazette
    • Malaysiakini
    • Mstar
    • Perak Today
    • Sinar Online
    • The Guardian
    • The Star Online
    • The Straits Times

    Blog Pilihan

    • OutSyed The Box
      USA TARIFFS - The 90 Day Clock Is Running (Until July 8th 2025)
      1 hour ago
    • WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
      GAJAH PUTIH ? BIAR BETUL.,
      7 hours ago
    • Merah Tinta MSO
      Seruan kepada penyokong Hiruk dan Damai
      1 day ago
    • SAKMONGKOL AK47
      Dog shit views and vomit that has gone through a cats digestive system kind of opinions. Tales by an unknown blogger no. 97
      2 days ago
    • Shahbudin dot com
      MENANG SUDAH DALAM TANGAN, NAK DEBAT BUAT APA LAGI?
      3 days ago
    • Rebuilding Malaysia
      Ramasamy’s response to political persecution and injustice
      4 days ago
    • rocky's bru
      Jepry Jaws
      1 week ago
    • Tamrin Tun Ghafar
      BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT
      4 months ago
    • KedahLaniie
      APA MASALAHNYA DENGAN FUAD ZARKASHI NIE.. NAK JADI WALAUN KA..??
      1 year ago
    Show 5 Show All
    Simple theme. Powered by Blogger.