Monday 24 July 2017

Najib boneka Arab Saudi-China hanya 'berkokok' di kampung sendiri, bidas Raja Bahrin

Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah 'boneka' yang paling bahaya yang patut diragui dan dibimbangi kerana beliau kini terpaksa tunduk di bawah telunjuk negara Arab Saudi dan China, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.
Beliau berkata, ramai pihak yang mencemburi penubuhan Pakatan Harapan dan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya menjadi 'boneka' kepada Pakatan Harapan.
"Kami menolak keras tuduhan tersebut kerana tidak munasabah mereka yang mengenali Dr Mahathir boleh menganggap beliau sanggup menjadi boneka mana- mana pihak.
"Siapa tidak kenal pendirian Dr Mahathir yang pernah menentang secara terbuka dan tegas terhadap kuasa besar seperti Amerika, Britain dan Australia sehingga dikagumi dunia umum.
"Kenyataan yang melucukan dibuat oleh Tengku Sarifuffin amat melucukan tentang tuduhan beliau bahawa Dr Mahathir hanya boneka kepada Pakatan harapan," ujarnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad pada Rabu lalu, dipetik berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah 'top dog' pihak pembangkang yang setaraf dengan Najib adalah tidak benar, kerana Tengku Saiffudin berpandangan sebenarnya Dr Mahathir sebagai 'boneka' dalam barisan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.
Kata Raja Kamarul Bahrin lagi, Dr Mahathir dianggap 'singa' di mata dunia sebaliknya Najib boleh dianggap sebagai 'ayam kampung' yang hanya berkokok di kampung sendiri.
"Sebenarnya Najib menjadi boneka kepada dua negara iaitu Arab Saudi dan China.
"Dengan pengakuan Najib terima dana RM2.6 bilion sebagai derma daripada keluarga di raja Arab saudi beliau membuka satu ruang diperhalusi sebagai tindakan beliau kebelakangan ini yang sangat tunduk kepada kehendak Arab saudi dengan menyertai serangan ke atas Yaman.
Bahkan beliau sedikitpun tidak membuat sebarang kenyataan menafikannya.Walaupun laporan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bertarikh 12 Januari 2017 sebanyak 240 muka surat menyatakan Malaysia telah menyertai negara Britain, Perancis dan Amerika dalam serangan di Arab saudi.
"Ini bahaya jika seorang perdana menteri menerima kewangan tetapi telah tunduk di atas arahan negara asing seperti Arab saudi.
"Keduanya Malaysia turut menyertai 'wargame' sesi latihan ketenteraan di Arab saudi yang dikenali sebagai 'north thunder' yang tiada kena mengena dengan Malaysia hanya negara arab dan afrika sepatutunya yang ambil bahagian. Kenapa Malaysia menyerahkan diri mengambil risiko tinggi untuk menunjukkan kemarahan terhadap penganas di kawasan Timur Tengah ini- ini menunjukkan Najib telah
jadi boneka kepada raja Arab Saudi," ujarnya.
"Dengan tunduknya Najib kepada negara China, beliau telah melobi dan mengadakan perniagaan dengan menjual tanah kepada China tanpa apa kawalan sepatutnya.
"Terkini selain harga tanah yang dijual tidak munasabah beliau menjual dan membuka tujuh pelabuhan daripada Kuantan, Johor bahru, Kota Bharu, Bagan Datoh kepada syarikat china membuka peluang perairan Malaysia digunakan kuasa asing kuasa besar- menunjukkan najib menjadi boneka kuasa besar iaitu China," jelasnya.
Justeru Raja Kamarul Bahrin menegaskan ada persama antara Najib dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mempunyai kaitan rapat dengan negara Rusia.
"Trump telah memecat ketua FBI Amerika yang melakukan siasatan hubungan rapat Trump dengan Rusia sementara Najib pula telah memecat Peguam Negara Malaysia yang menyiasatnya dalam kes 1MDB.
"Anak Trump yang berniaga besar mengiringi lawatan Trump keluar Negara serta berunding dengan pihak Rusia. Anak Najib juga melakukan perkara yang sama mengunakan kedudukan pengaruh ayahnya dan berunding dengan pihak tertentu Negara China. Banyak persamaan diantara situasi Najib dan Trump dalam menggunakan pengaruh untuk keuntungan peribadi," ujarnya.
Sumber: MALAYSIA DATELINE/July 24, 2017.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts