Tuesday, 1 January 2019

Isu TH: Elak pendeposit hilang keyakinan

Mowardi Mahmud  -  31 Disember, 2018
RIUH sakan dalam kampung media sosial apabila pelbagai pihak termasuk mereka yang mengaku pakar  mengulas isu kemelut Lembaga Tabung Haji (TH). Soalnya benarkan apa yang dikatakan dan adakah ia dibuat berdasarkan fakta tepat?
Semua kita maklum bahawa Tabung Haji didapati bermasalah ketika diambilalih oleh pengurusan baharu apabila aset  yang diurus terdiri daripada wang simpanan umat Islam lebih rendah jumlahnya  berbanding  liabiliti atau tanggungan.
Keadaan ini menyaksikan nilai semasa wang pendeposit menyusut kepada 80 hingga 85 sen  bagi setiap ringgit yang disimpan.
Namun, pendeposit TH bernasib baik kerana simpanan mereka dijamin kerajaan tetapi mereka tidak lagi bakal menikmati dividen seperti sebelumnya.
Hakikatnya jelas bagaimana hibah boleh dibayar  jika  ‘lompong’  dalam penyata kedudukan kewangannya tidak ditangani.
Berdasarkan Akta Tabung Haji 1995, TH perlu mencatat untung dan memiliki aset yang jumlahnya lebih tinggi berbanding tanggungannya.
Bagi mengatasinya sejumlah  RM20 bilion diperlukan dan ia dilakukan dengan mengalihkan aset berupa ekuiti dan hartanah bermasalah yang dikenal pasti kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas.
Urusharta Jamaah yang dimiliki Kementerian Kewangan turut mempunyai empat Lembaga Pengarah Islam yang akan turut memastikan ketelusan operasinya.
Menurut sumber terdekat, sekiranya aset berkenaan tidak dialihkan kepada SPV,  pendeposit tidak akan mendapat dividen mungkin hingga 10 tahun akan datang dan jika dilakukan juga, mahukah ia  diambil daripada wang simpanan mereka.
Tindakan itu bukanlah satu langkah berhemat seperti mana dilakukan oleh pihak pengurusan lama.
Namun begitu, sekiranya SPV mengambil alih ekuiti syarikat-syarikat yang nilainya merosot sebanyak 20 peratus dan juga hartanah yang gagal memberikan hasil lebih dua peratus, TH bukan sahaja kembali untung tetapi mampu memberikan dividen.
Tidak dinafikan pulangan pendeposit akan terjejas sedikit tetapi ia bakal berubah apabila TH diunjurkan mencatat keuntungan lebih besar pada tahun-tahun akan datang.
Begitu juga persoalan yang dilontarkan tentang syarikat-syarikat yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah adalah berdaya maju.
Apakah pengurusan baharu TH kurang cerdik untuk melupuskan kepentingan yang tinggi pulangan dan strategik?
Ekuiti syarikat-syarikat  yang dahulunya dibeli pada harga yang tinggi seperti FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd) sebanyak RM4.60 sesaham kini merosot teruk di bawah RM1.00 sesaham
Syarikat yang berjumlah 106 buah kesemua itu, hampir keseluruhannya mempunyai pegangan TH yang kecil dan bukan majoriti. Bahkan kebanyakan harga saham mereka juga menyusut.
Dakwaan bahawa sesetengah syarikat itu mencatatkan keuntungan tinggi tetapi adakah sumbangan kepada TH  juga benar-benar berbaloi.
Bagi tempoh jangka panjang, pulangan mungkin boleh meningkat tetapi risikonya juga tinggi kerana TH mempunyai pendedahan sebanyak 50 peratus dalam pasaran ekuiti, iaitu satu angka yang signifikan dan kurang wajar berbanding agensi-agensi pelaburan lain seperti Permodalan Nasional Berhad atau Kumpulan Simpanan Wang Pekerja yang ternyata lebih berhemat.
Ketika ekonomi dunia dan domestik tidak menggalakkan pada tahun ini dan juga tahun depan, TH perlukan sokongan semua pihak yang berkaitan termasuk rakyat negara ini untuk  mengatasi masalah kewangannya.
Usah dipersoalkan tentang bangsa atau agama kerana kerajaan juga bertindak serupa ketika krisis kewangan melibatkan 24 buah koperasi yang disertai 588,000 kaum Cina pada tahun 1986 dan juga Maika Holdings.
Jelas sekali, apa jua krisis yang menghakis keyakinan para pendeposit mampu mengundang bahana yang besar kepada TH dan negara jika gagal ditangani.

Mowardi Mahmud adalah bekas wartawan Utusan Malaysia selama 24 tahun. Pernah memegang jawatan Pengarang Kanan Luar Negara, Suplemen dan Pengarang Ekonomi. Sebelum itu, beliau adalah wartawan Ekonomi di Bernama.

1 comment:

  1. Dear Customer
    Are You Looking For a Loan?
    Welcome to American Loan Services.
    we are located in the united state of America we offer loan to those In bad credit, student looking for financial help and loan purpose such as
    1: House Loan.
    2: Car Loan.
    3: Capital Loan.
    4: Business and
    5: Personal Loan.
    With a 1-30 years repayment duration period to any part of the world, where everyone is approved, bad credit OK or even low credit ok.

    We give out loans from the range of $1,000 to $10,000,000.00 USD. Our loans are well insured for maximum security is our priority Are you losing sleep at nights worrying how to get a Legit Loan Lender? Are you biting your fingernails to the quick? Instead of beating yourself up, call us now, a loan specialist who can help you to stop your Bad Credit History, to discover a win-win solution which is Our Mission.

    * Are you financially squeezed?
    * Do you seek funds to pay off credits and debts?
    * Do you seek finance to set up your own business?
    * Are you in need of personal or business loans for various purposes?
    * Do you seek loans to carry out large projects?

    If you have any of the above problems, we can be of assistance to you but I want you to understand that we give out loans at an interest rate of 7%.

    * Borrow anything up to $10,000,000.00 USD.
    * Choose between 1 to 30 years to repay.
    * Choose between Monthly and Annual repayments Plan.
    * Flexible Loan Terms.
    you can contact us now! Email: Americanloan4all@Aol.com

    Michael Dennis Loans
    americanloan4all@aol.com

    ReplyDelete

Popular Posts