Wednesday 19 December 2018

DUA PRESIDEN UMNO BUNGKUS DALAM TEMPOH TUJUH BULAN

Syed Akbar Ali  - 19 Disember, 2018

Zahid Hamidi bukan saja tak boleh cakap Inggeris tapi nak cakap Melayu pun enjin motor dia backfire. Sila dengar pengumuman Zahid berhenti kerja, yang dibacanya daripada kenyataan bertulis.


Ada orang kata Zahid tidak mempunyai 'daulat' untuk menduduki takhta presiden. Zahid pecah rekod kerana menjadi presiden UMNO paling singkat dalam sejarah UMNO. 

Zahid ganti Najib pada 12 Mei 2018. Tujuh bulan dan satu minggu kemudian Zahid pun kena pecat. Betul UMNO tidak mahu Zahid tetapi siapa yang pilih haribulan dan waktu bagi Zahid kena 'You are fired' ?


Dalam gambar di atas Zahid nampak blur. Hisham sedih tetapi masa depannya lebih terjamin daripada Zahid. Najib berlagak seolah akan masuk American Idol. The guy is a moron.

Sekarang Mohamed Hassan akan ganti Zahid sebagai presiden. Bolehkah  Mohamed Hassan  bertahan selama tujuh bulan, atau tujuh minggu? Marilah kita melihat bersama.

UMNO sedih sebab makin susah mendapat duit percuma.Kedua Najib dan Zahid adalah jenis yang suka menabur duit. Mereka adalah generasi 'cash is king'. Itulah sebab utama UMNO boleh sokong kedua makhluk ganjil ini. Kedua mereka sekarang sudah jadi ghaib bin pelik.

Jika Hisham Hussein Onn naik takhta presiden UMNO,  harap-harap akan berhentilah zaman 'cash is king' dalam UMNO yang telah dicipta oleh orang dulu dan dibawa ke bulan oleh Rear Admiral sewaktu dia mengganas dalam parti. 

Bolehkah Hisham daripada kaum bangsawan naik ke takhta? Apakah Hisham mempunyai cukup daulat dalam UMNO? 

Tanpa golongan bangsawan (seperti Hisham) UMNO mempunyai golongan hoi polloi seperti Zahid. Hoi Polloi maksudnya bebudak gerombolan, puak-puak jalanan, the ignorant masses yang terdapat dalam beratusan ribu orangnya dalam Umno.  

Najib pun daripada kaum bangsawan tetapi moron bodoh itu dicontrol 100% oleh isterinya yang daripada hoi polloi tahap bahalol kelas tiga. 

Tun Dr Mahathir, adalah daripada kalangan orang biasa, tetapi Tun  adalah aberration atau seorang pemimpin yang daripada luar apa jenis jangkaan pun. Tun Dr Mahathir bukan saja mempunyai intelek gergasi dan berpelajaran tetapi Tun mendapat didikan dan menerap family values daripada ayah dan keluarganya yang telah memberi Tun satu kelebihan besar daripada berjuta ahli Umno. Yang tidak terjumpa di kalangan hoi polloi Umno.

Setuju tak setuju inilah keadaan Umno sekarang. Terlalu ramai hoi polloi. The ignorant masses. Kelas tiga.

Can you imagine, Zahid Hamidi boleh dilantik jadi pemimpin? 

Zahid sudah ditongsampahkan. Eloklah tu. Tetapi sekarang Umno perlukan pakar bedah otak (brain surgeon).Bolehkah Hisham menjadi pakar bedah otak bagi UMNO?

Tun Dr Mahathir adalah seorang doktor perubatan.

https://syedoutsidethebox.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts