Tuesday 11 December 2018

TH: Mujahid kata defisit, Azeez kata lebihan? Ini sebabnya

Malaysiakini  -  11 Disember, 2018

Bekas pengerusi Tabung Haji (TH) Abdul Azeez Abdul Rahim mempertikaikan kenyataan menteri agama Mujahid Yusof yang menyebut badan berkanun itu mengalami defisit RM4.1 bilion.
Mujahid, berdasarkan laporan juruaudit bebas PriceWaterhouseCoopers (PWC), semalam berkata TH mempunyai aset RM70.3 bilion dan liabiliti RM74.1 bilion, menjadikan jumlah defisit RM4.1 bilion pada 2017.
Azeez bagaimanapun hari ini memetik laporan sebuah lagi syarikat audit bebas Ernst & Young (E&Y) yang dilantik pada era BN.
Katanya, aset TH sepatutnya berjumlah RM74.7 bilion dan liabiliti RM74.4 bilion pada penghujung tahun 2017. Justeru, kata Aziz, lebihan RM373 telah dicatatkan.
Bagaimanapun, dari mana datangnya perbezaan lebih RM4 bilion antara kedua-dua laporan ini? Perkara ini dijelaskan oleh semakan kedudukan kewangan oleh PWC yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Menurut PWC, semakan itu mendapati terdapat kerugian RM4.258 bilion dalam bentuk ekuiti, yang sebelum ini disembunyikan melalui perakaunan kreatif.
Manipulasi had ambang
Menurut standard laporan kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.
PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.
PWC berkata penyembunyian kerugian ini bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi.
PWC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.
Selain menyembunyikan kerugian, PWC juga mendapati TH menjual saham-sahamnya untuk melaporkan keuntungan tetapi kemudian membeli semula dengan tambahan kos pembrokeran.
Anak syarikat TH pula dilapor mengisytiharkan dividen yang tinggi tetapi tidak membuat bayaran penuh.
Mujahid semalam berkata TH mengalami defisit sebanyak 2014 tetapi tidak menyebut isu perakaunan kreatif.
Azeez hari ini berkata beliau terkejut dengan kenamaan Mujahid dan menegaskan dia tidak melanggar sebarang akta atau melakukan sebarang kesalahan.
“Menteri tidak mengambil kira laporan E&Y dalam menilai nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah.
“Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata," katanya pada sidang media di lobi parlimen.
Berikut petikan semakan semula kedudukan kewangan TH oleh PWC yang dibentangkan semalam:
Pembayaran dividen menggunakan deposit
Penyembunyian kerugian

Jual dan beli semula saham bagi menunjukkan keuntungan

No comments:

Post a Comment

Popular Posts