Bernama - 12 Disember, 2018
Firma Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa mereka bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang laporan audit berhubung penyata kewangan TH.
Dalam satu kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak syarikatnya.
Penjelasan itu dibuat berikutan pelbagai laporan media hari ini mengenai EY dan TH.
Sebaliknya, seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY menyatakan bahawa ia telah ditugaskan lembaga pengarah badan itu untuk melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis 2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan kriteria yang boleh digunakan atau tidak.
"Lembaga Pengarah TH menyediakan kunci kira-kira imbangan pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis 2016 dan 31 Dis 2017 semata-mata untuk menggambarkan kesan pelaporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang dapat direalisasikan dan bukannya kos asal pada kunci kira-kira TH.
"EY tidak melakukan pengauditan maklumat kewangan yang digunakan untuk menyusun kunci kira-kira pro forma," kata kenyataan itu.
Tambah firma juruaudit antarabangsa itu ia melaporkan bahawa pelarasan dibuat adalah semata-mata untuk maksud menggambarkan kesan laporan pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang boleh direalisasikan pada kunci kira-kira TH.
"Laporan EY tidak boleh disandarkan untuk tujuan pengisytiharan dividen oleh TH pada 4 Feb 2016, 3 Feb 2017 dan 7 Feb 2018 masing-masing untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis 2015, 2016 dan 2017 kerana laporan EY untuk tahun-tahun yang berkaitan hanya dikeluarkan selepas tarikh pengisytiharan dividen.
"EY mengeluarkan laporannya pada 30 Sept 2016, 12 Jul 2017 dan 23 Mei 2018 berhubung dengan lembaran imbangan pro forma masing-masing pada 31 Disember 2015, 2016 dan 2017," jelasnya.
Menurut firma itu lagi EY juga tidak pernah menyatakan mengenai kesesuaian perisytiharan keuntungan yang boleh diagihkan sebagai dividen menurut Akta Tabung Haji 1995.
"EY juga ingin menarik perhatian kepada Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 yang menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh TH berhubung pengisytiharan keuntungan boleh diagih sebagai dividen," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Oleh Dr Muhaimin Sulam Saya sekali lagi terpaksa membaca dan mengamati tulisan sahabat saya, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang kini tiba-ti...
-
Husam Musa z 03 Februaru, 2019 Takziah. Kepada siapa senandung takziah ini hendak disampaikan? Saya sendiri tidak pasti kepa...
-
Gagasan Transformasi 2050 (TN50) dibimbangi hanya mengulang kegagalan dasar kerajaan Umno-BN sebelum ini seperti dapat dilihat pada penca...
-
oleh RoketKini GEORGE TOWN, 19 MEI: Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Haji Abdul Rahman Abbas memuji pengurusan hal ehwal...
-
Zainal Rashid Ahmad - 16 Disember, 2018 KALAU Umno seorang seniman, bererti rebab sudah putus tali; muzik sudah mati. Cuma Umno se...
-
Abdullah Jones - 28 Disember, 2018 "Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf. Ini tiga orang boleh kita kutuk kematian dia sebab memang ...
-
P Ramakrishnan PAS president Abdul Hadi Awang had allegedly written a letter in Arabic addressed to the world Muslim leaders. This news ...
-
Oleh ARIF ATAN Azmin Ali PKR Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan negeri itu menjadi penyumbang terbesa...
-
Parti Amanah Negara (AMANAH) akan terus bekerja keras dan berusaha menambahkan ahli parti dan mengambil sikap untuk terus bersama dalam ...
-
Pada 11 Mei 2017 oleh RoketKini JOHOR BAHRU, 11 MEI: Meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) banyak melakukan t...

No comments:
Post a Comment