Ekoran berita angin kononnya kerajaan Selangor akan bertukar tangan, penyokong Datuk Seri Mohamad Azmin Ali bagi menyambut kepulangan MB Selangor itu dari luar negara.
Mereka berkumpul di Balai Ketibaan KLIA atas kerahan yang diterima melalui sebaran aplikasi whatapps bagi memberikan sokongan moral kepada Azmin.
Media hari ini melaporkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemungkinan berlaku peralihan kuasa di Selangor.
Namun sumber dalaman PKR beranggapan ia adalah perang saraf Umno sahaja.
Sebelum ini 5 Adun PKR didakwa akan bersama Tan Sri Khalid Ibrahim bekas menteri besar untuk membentuk kerajaan baharu di Selangor bersama Pas dan Umno.
Namun kesemua mereka termasuk Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga ) dan Yaakob Sapari ( Adun Kota Anggerik) menafikannya.
Ketibaan Azmin turut disambut oleh Exco dan Adun dari Pas. Antaranya Zaidy Talib Exco Infrastruktur,Kemudahan Awam, Industri Asas Tani merangkap Adun Taman Templer dan Dr Rani Othman (Adun Meru).
Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail yang dikatakan akan bersama menubuhkan kerajaan baharu juga turut menyambut Azmin di KLIA hari ini.
Sumber: Malaysia Dateline/Mei 05, 2017.
Sumber: Malaysia Dateline/Mei 05, 2017.
No comments:
Post a Comment