TANJUNG MALIM - Seorang aktivis Amanah, Mohd Yahya Hassan ditahan pihak polis di sini atas kesalahan mengedar risalah tanpa makluman pihak polis terlebih dahulu.
Ketua Pemuda Amanah Tanjung Malim, Khairol Najib Hashim meluahkan rasa kecewanya berikutan penahanan aktivis tersebut.
"Saya menyanjungi tugas pihak polis dalam dalam menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.
"Tetapi menahan orang awam terutamanya aktivis parti politik dengan alasan mengedarkan risalah tanpa kebenaran adalah satu perkara yang jelik dan tidak masuk akal terutamanya untuk menakut-nakutkan mereka dan orang awam beraktivisme dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kejadian tersebut berlaku di pasar pagi Behrang Stesen apabila aktivis tersebut didatangi sebuah kereta polis mendakwa ada orang awam membuat aduan sebelum membawanya ke Balai Polis Behrang Stesen.
Sementara itu, Khairol menerangkan tujuan pihak mereka mengedarkan risalah dan surat khabar percuma itu kepada masyarakat setempat.
"Surat khabar dan risalah bukan senjata tajam yang boleh membunuh manusia, kami mengedar surat khabar secara percuma adalah bertujuan untuk memperkenalkan parti kami kepada orang ramai.
"Sedangkan, perompak negara sedang bermaharajalela, aktivis masyarkat ditahan dan dihalang," katanya lagi.
Sumber: Sinar Online/Mei 05, 2017.
No comments:
Post a Comment