Ia sama ada Kementerian Kewangan (MoF) yang bercakap tidak benar mengenai ketidakmampuan konsortium IWH-CREC membuat bayaran berkalanya bagi projek Bandar Malaysia, kerap mengulangi kesilapan hingga menyebabkan kerajaan membatalkan urus niaga itu.
Atau ahli perniagaan itu Lim Kang Hoo dan rakan kongsi dalam konsortium itu bersalah kerana menyembunyikan kebenaran.
Semalam, IWH-CREC mengeluarkan kenyataan yang pada asasnya mencabar naratif pentadbiran Najib.
Ia berkata ia sudah menyempurnakan permintaan bayaran di bawah terma perjanjian penjualan saham yang ditandatangani pada 31 Disember, 2015. Ia tidak bersetuju dengan kenyataan MoF yang perjanjian itu luput dan berkata ia ada hak dalam perkara itu.
Maksudnya dalam perkara ini ialah peguam cakap yang konsortium itu ada hak untuk menyaman kerana berlaku perlanggaran kontrak.
Asasnya, Kang Hoo dan rakan kongsinya – iaitu termasuk kerajaan negeri Johor – memberitahu seluruh dunia yang kenyataan Putrajaya salah. Mereka memberitahu rakyat Malaysia yang versi kerajaan tidak boleh dipercayai.
Sumber kerajaan memberitahu The Malaysian Insight yang perjanjian IWH-CREC perlu dibatalkan kerana mereka gagal membuat bayaran penting sebanyak lebih 10 kali.
Putrajaya percaya konsortium itu tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk membangunkan Bandar Malaysia dengan cepat, di mana hab pengangkutan turut dibina di situ selain bangunan ikonik.
Amat ketara, ada yang sedang menipu. Sudah tiba masanya pelakon utama yang mengendalikan rundingan itu dan merancang pembangunan Bandar Malaysia memberitahu perkara sebenar mengapa kontrak dengan IWH-CREC perlu dibatalkan.
Kenapa konsortium itu diberikan terlalu banyak tempoh lanjutan? Bolehkah Menteri Kewangan Najib Razak atau Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani menjelaskan jurang besar antara kisah kerajaan mengenai pembatalan itu dan ketegasan konsortium itu mengatakan mereka sudah pun membuat semua bayaran ditetapkan?
Bolehkah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Siregar menjelaskan mengapa terlalu lama masa diambilnya untuk menaikkan bendera merah terhadap perkara serius itu dan pelanggaran berterusan dilakukan IWH-CREC?
Dan ini soalan untuk Kang Hoo dan rakan-rakan: apa kata anda tunjukkan bukti yang konsortium itu sudah membuat bayaran? Jangan sekadar bercakap mengenai semangat perjanjian penjualan saham.
Rakyat Malaysia berhak menerima satu cerita yang lengkap.
Sumber: The Malaysian Insight/May 06, 2017.

No comments:
Post a Comment