Mentaliti Idris Haron cukup dungu serta bengap. Dia tak faham erti kata atau pengtakrifan melabur, berhutang serta menjual harta negara. Perdana Menteri paling korup hendak bernaung di bawah kuasa dunia mana sekalipun; ikut suka dialah kalau ianya memberi munafaat kepada keseluruhan bangsa dan negara.
Kalau Perdana Menteri itu jujur, telus, bersih, professional serta melaksanakan tanggungjawab secara amanah demi kebaikan negara sudah pasti kita sokong 100%.
Tapi malangnya, Perdana Menteri paling korup ini bertindak seolah-olah negara ini ‘bapa’ dia yang punya.
Bagi kontrak-kontrak besar tanpa dibincangkan dan mendapat persetujuan kabinet mana boleh. Kontrak-kontrak bernilai ratusan bilion dianugerahkan tanpa melalui sistem tender dan proses sebut harga.
Hartanah-hartanah strategik negara digadai secara sewenang-wenangnya kepada kuasa luar dari china tanpa mengikut prosedur sebut harga dan sebagainya. Apakah kaedah serta tindakan Najib Tun Razak ini betul?
Semua kontrak-kontrak yang dianugerahkan oleh Najib kepada syarikat-syarikat dari china dengan kadar nilai amat tinggi; akhirnya kita yang terpaksa tanggung bebanan hutang.
Ini bukan pelaburan tapi kita beri mereka kontrak-kontrak dengan nilai yang tidak munasabah yang akhirnya keseluruhan rakyat kena tanggung bebanan hutang-hutang yang dicipta oleh najib tun razak ini. Anak cucu kita pun terpaksa pikul bebanan hutang ini.
Ketua Menteri Melaka faham tak asas permasalahan yang Najib sedang lakukan.
Segala yang dilakukan oleh Perdana Menteri paling korup ini secara sewenang-wenangnya akhirnya akan membunuh masa depan negara serta rakyat jelata.
Najib sedang merosakkan negara kita! Sebab itulah kita persoal segala tindakannya dan menentang secara sekeras-kerasnya.
Atas dasar inilah saya selaku pemimpin akar umbi umno pada waktu itu terpaksa bangun menentang kemungkaran Najib sampai masuk penjara. Perjuangan ini saya terpaksa pikul sebagai satu fardhu kifayah untuk selamatkan Malaysia.
Kalau dia bawa masuk pelaburan secara terus tanpa meninggalkan kesan bebanan hutang-piutang dengan ratusan bilion kita tidak kisah. Setiap negara di dunia ini perlukan ‘FDI’ untuk terus maju. Ini kita faham. Kita bukan bodoh.
Rakyat bukan bodoh macam Idris. Dia menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi cukup bangang. Antara pelaburan dan berhutang pun dia tak faham.
Saya nak tanya idris haron; apa jadi dengan perjanjian projek bandar malaysia yang diberikan kepada syarikat dari china pada tahun lepas. Perjanjian sudah luput tarikh tetapi pelaksanaan projek tersebut sehingga kini pun tak berjalan.
Mengapa jadi begitu?
Mengapa jadi begitu?
Rundingan dulu dijalankan secara tidak telus. Boleh Idris jawab dah berapa banyak jumlah wang yang dibayarkan kepada Kerajaan Malaysia ketika syarikat dari China itu mengambil alih hartanah strategik negara yakni bekas kem TUDM pada suatu masa dahulu.
Perdana Menteri paling korup mengurus tadbir negara ini secara tidak telus sama sekali. Semua tindakan dia mengalami kebuntuan akhirnya.
Ini yang kita sedang pertikaikan.
Ini yang kita sedang pertikaikan.
Setahun setengah yang lepas Perdana Menteri paling korup ini kata pada hujung tahun tersebut segala masalah 1MDB dan hutang-piutangnya akan selesai.
Tetapi malangnya sehingga kini bukan saja hutang-piutang 1MDB gagal dilangsaikan walaupun banyak hartanah-hartanah sudah digadai pada syarikat-syarikat dari China; malahan kadar faedah terkumpul semakin meningkat.
Kalau semuanya sudah digadai pada syarikat-syarikat dari China; kenapa hutang-piutang 1MDB masih gagal dilunaskan oleh kerajaan kleptokrasi!
Rakyat nak tahu mana pergi duit-duit yang sepatutnya negara perolehi dari pelbagai penggadaian hartanah-hartanah strategik negara.
Boleh Idris beri sedikit pencerahan tentang semua permasalahan khususnya hutang-piutang syarikat 1MDB yang gagal diselesaikan oleh kerajaan kleptokrasi pada hari ini walaupun segalanya sudah tergadai.
Saya ingin nasihatkan Idris suruh dia terangkan dahulu mengenai kes pegawai khasnya yang ditangkap miliki ratusan jutaan ringgit itu.
Idris Haron kena perjelaskan kepada rakyat Melaka terlebih dahulu di mana budak-budaknya dapat duit terkumpul dengan begitu banyak.
Hal ehwal yang lain Idris tak perlu masuk campur. Tahap mentaliti dia pun belum sampai keperingkat itu lagi.
Beri pencerahan mengenai korupsi pegawai-pegawai dia terlebih dahulu. Ramai rakyat akan kagumi Idris sekiranya ketua menteri melaka ini dapat beri pencerahan mengenai korupsi orang-orang di sekelilingnya terlebih dahulu.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian
3 Mei 2017
Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian
3 Mei 2017
Sumber: Amanah daily/May 04, 2017.
No comments:
Post a Comment