Wednesday, 10 May 2017

Pakatan Harapan solid dengan agenda hapus kezaliman BN

May 9 2017 / KeadilanDaily
Pakatan Harapan tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan pembangkang tidak mempunyai agenda masa depan negara adalah tidak berasas, memandangkan Pakatan Harapan komited dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan melawan agenda Umno BN yang mengamalkan rasuah, kronisme dan tatakelola buruk yang menindas rakyat.
Hari ini, dunia mentertawakan Malaysia kerana terpalit dengan skandal besar 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sebahagian wang 1MDB telah masuk ke akaun Najib Razak 'tanpa disengajakan'.
Jimmy_PuahPerlabelan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar kleptokrat adalah perkara yang memalukan atau adakah ini sebenarnya sebahagian agenda Barisan Nasional pada hari ini?
Pakatan Harapan sedia menjawab beberapa pertuduhan yang dikeluarkan Perdana Menteri melalui kenyataan tersebut:
1. Isu harga minyak naik dan turun – Pakatan Harapan telah lama menegaskan bahawa kerajaan perlu memperkenalkan semula subsidi minyak.
Mekanisme 'harga siling' memerlukan subsidi dalam mengekalkan harga minyak di pasaran nasional atau sebarang kenaikan harga minyak secara mengejut dan tanpa subsidi akan menyebabkan berlakunya inflasi lebih tinggi.
Semasa harga minyak dunia turun, kerajaan Umno BN dalam diam telah mencukai rakyat dengan menetapkan harga pada kadar lebih sedikit penurunan berbanding kadar kejatuhan harga minyak mentah.
Ke manakah pergi wang cukai tersebut, jika tidak lagi wujudnya subsidi minyak?
2. Perjanjian pelaburan dengan China – Umno BN cuba mengelirukan rakyat apabila menggunakan terma 'pelaburan', walhal kebanyakan projek-projek mega dengan negara China merupakan hutang negara yang bakal ditanggung oleh kesemua rakyat Malaysia.
Projek ECRL yang menelan belanja RM55 bilion langsung tidak munasabah apabila kos asalnya adalah sekitar maksimum RM27 bilion ringgit.
Bertambah malang lagi, mengapa kerajaan Umno BN memberikan tanah pegangan bebas (tanpa had tempoh pajakan) untuk pemaju Forest City?
Situasi ini amat membimbangkan rakyat mengenai penguasaan tanah oleh warganegara asing.
Mengenai isu pembatalan perjanjian pelaburan, Pakatan Harapan melihat daripada perspektif kaca mata pelabur itu sendiri. Sudah tentu pelabur tidak akan mengambil risiko untuk menyuntik modal atau liabiliti dalam projek yang tidak menguntungkan, atau berhadapan dengan faktor-faktor lain seperti kedudukan kewangan kerajaan, kestabilan politik, persepsi rasuah serta tatakelola kerajaan yang buruk.
3. Kepentingan politik Pakatan Harapan – Melalui gabungan komponen pembangkang, kewujudan Pakatan Harapan jelas untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihan raya umum yang akan datang, serta mewujudkan pentadbiran yang mengutamakan rakyat melalui penentangan kezaliman.
Agenda pembangkang ini bahkan lebih kuat keazamannya berbanding situasi BN di Selangor, di mana pembangkangnya rapuh dan lebih sedih lagi, tiada ketua pembangkang yang sesuai untuk memperkasakan agenda BN mereka.
4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) – Pakatan Harapan sama sekali tidak bersetuju dengan sistem pencukaian yang memberi impak buruk kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Melalui kajian Transperancy International, National Oversight & Whistleblowers, Laporan Ketua Audit Negara dan data Pakatan Harapan; jumlah ketirisan, pembaziran dan rasuah kerajaan Umno BN sebanyak RM30 bilion sebenarnya mampu menampung kewangan negara tanpa menjejaskan penjawat awam dan juga perbelanjaan pembangunan berkepentingan rakyat.
Pakatan Harapan dengan tegas mempunyai agenda yang jelas untuk menyelamatkan negara daripada kezaliman berpanjangan Umno BN.
Hari ini, agenda BN lah yang tidak jelas sama sekali – kegagalan mentadbir dan mengharmonikan Malaysia, apatah lagi terjebak pula dengan pelbagai skandal dan ketirisan.
Sedarilah Umno BN bahawa rakyat pada hari ini lebih bijak dan tidak terpengaruh dengan propaganda Umno BN yang sentiasa memainkan isu perkauman, perbalahan agama, pepecahan pembangkang dan penjawat awam semata-mata untuk terus membiarkan rakyat merana sebagai agenda mereka untuk terus bermewah dan berkuasa.
Jimmy Puah
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Datuk Ariff Sabri
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts